[CES2017] Chatsim buka kaunter di lapangan terbang utama seluruh dunia

Share Button

Chatsim, cara mudah menghantar mesej di seluruh dunia tanpa risaukan perayauan dalam satu sim, mengumumkan di pameran CES, akan membuka kaunter di lapangan terbang utama di seluruh dunia. Ia untuk memudahkan pengguna yang sering bergerak, untuk mendapatkan Chatsim di minit-minit terakhir sebelum terbang ke seluruh negara.

CEO Chatsim, Manuel Zanella menyatakan mereka merancang untuk membuka 24 kedai francais dalam masa 3 tahun. Bulan lepas, Chatsim telah membuka kedai pertamanya di lapangan terbang Verona, Itali. Mereka akan membuka dua lagi kedai di Milan dan Rome, seterusnya di lebih banyak lagi lapangan terbang utama di seluruh dunia seperti Frankfurt, London, New York, Hong Kong dan Sao Paulo.

chatsim-buka-kaunter-di-airport-utama-seluruh-dunia

Chatsim merupakan sebuah kad sim khas, yang boleh digunakan di seluruh dunia. Ia membolehkan pengguna berborak melalui aplikasi permesejan popular tanpa had. Aplikasi disokong Chatsim adalah Whatsapp, Facebook Messenger, QQ International, WeChat, LINE, Telegram, BBM, Hike dan Kakao.

Teknologi canggih Chatsim menghalang trafik yang tak diperlukan atau tak sengaja digunakan, dan memberi laluan untuk penghantaran mesej teks dan emoji melalui aplikasi yang disokong, untuk penggunaan tanpa had. Chatsim menyokong bukan sahaja perkongsian gambar, tetapi termasuk perkongsian video dan panggilan suara melalui aplikasi permesejan yang disokong, tetapi memerlukan langganan tambahan.

Chatsim boleh dibeli di Malaysia pada harga RM65 untuk pek permulaan, dan RM65 lagi untuk langganan selama setahun, bagi kegunaan bermesej teks dan emoji tanpa had di seluruh dunia. Ia juga boleh didapati di DirectD selaku pengedarnya di Malaysia.

Chatsim adalah salah satu cara mudah untuk pengguna yang sering terbang ke luar negara, menghantar teks dan emoji melalui aplikasi permesejan. Selain Chatsim, satu lagi alternatif adalah Flexiroam X, perayauan data mudah dalam satu sim yang boleh digunakan di seluruh dunia.

Untuk mengenali Chatsim dengan lebih lanjut, layari laman web www.chatsim.com.

Apa komen anda?