[CES2017] ASUS Zenfone AR gabungan kuasa Tango dan Daydream

Share Button

ASUS menjadi yang pertama menggabungkan kuasa Realiti Maya (VR) dan Realiti Tambahan (AR) dalam telefon pintar. Project Tango dan Daydream oleh Google, kini terdapat di dalam telefon pintar Zenfone AR yang baru dilancarkan hari ini.

Untuk serasi dengan teknologi AR Tango, sistem kamera yang kompleks perlu digunakan. Zenfone AR memiliki tiga kamera yang dinamakan Tricam, menggabungkan kamera 23MP, kamera pengesan pergerakan dan kamera pengesan kedalaman. Ketiga-tiga kamera ini bekerjsama untuk memberikan pengalaman AR yang diperlukan Tango.

asus-ces-2017-zenfone-ar-tiga-kamera-belakang

Bagi VR Daydream pula, ia memerlukan kuasa pemproses yang tinggi. Untuk ini, ASUS mendapatkan bantuan pemproses terbaik Qualcomm, cip Snapdragon 821. Ia digandingkan dengan RAM sehingga 8GB, yang pertama terdapat pada telefon pintar. Untuk menjinakkan pelepasan haba dari proses berkuasa tinggi ini, ASUS menggunakan sistem penyejukan wap yang sangat canggih.

Paparan Super AMOLED Zenfone AR sebesar 5.7-inci, dipadatkan dengan resolusi Quad HD 2560×1440 piksel. Ia akan menjalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat, satu-satunya yang serasi dengan sistem VR Daydream.

Telefon pintar ASUS Zenfone AR dengan keupayaan Tango dan DayDream, akan memasuki pasaran pada suku kedua tahun ini. Tiada maklumat lanjut seperti ruang storan dan harga diumumkan pada majlis pelancaran ini.

asus-ces-2017-zenfone-ar-depan-tangan-belakang asus-ces-2017-zenfone-ar-dalam-tangan-belakang

Apa komen anda?