Beli dua telefon pada satu harga dengan Celcom Double Prosperity

Share Button

Jika anda pengguna pascabayar Celcom, atau berminat untuk melanggan, mungkin ini adalah masa yang terbaik. Sempena Tahun Baru Cina, Celcom melancarkan kempen ‘Blue Cube Double Prosperity’ dari 20 Januari sehingga 28 Februari 2017, yang memberikan banyak tawaran dan hadiah untuk pelanggan Celcom.

Paling menarik dalam tawaran ini adalah, pembelian dua peranti pada harga satu peranti. Khas untuk langganan pelan FIRST Platinum di cawangan Celcom atau Blue Cube di seluruh negara, pendaftaran pelan FIRST Platinum dengan kontrak selama 24 bulan membenarkan pengguna mendapat dua telefon pintar pada satu harga.

Celcom Double Prosperity - beli dua telefon pada satu harga

Empat model ditawarkan dalam promosi beli satu percuma satu ini iaitu Samsung Galaxy J2 Prime (RM0), OPPO F1s (RM688), OPPO R9s (RM1,488) dan Huawei P9 (RM1,688). Selain harga telefon, pelanggan perlu membayar wang pendahuluan sekitar RM650 sehingga RM1,200 mengikut jenis telefon dan ia akan direbat semula ke dalam bil.

Pelan FIRST Gold Platinum memberikan pengguna 30GB data bulanan bersama 30GB data hujung minggu, panggilan tempatan tanpa had serta SMS tanpa had, dengan komitmen RM150 sebulan. Pelan ini juga boleh menggunakan Celcom Wifi Plus, WhatsApp dan Wechat tanpa had.

Celcom Double Prosperity - cabutan bertuah

Selain promosi di atas, Celcom turut menyediakan hadiah dalam bentuk cabutan bertuah, untuk semua pendaftaran baru pelan pascabayar FIRST Gold, FIRST Gold Plus atau FIRST Platinum di mana-mana cawangan Celcom dan Blue Cube. Hadiah yang disediakan berupa Huawei Lady Watch, Huawei Nexus 6P, Samsung Galaxy S7 edge dan OPPO F1s.

Juga untuk pelanggan baru pelan pascabayar FIRST Gold, FIRST Gold Plus atau FIRST Platinum, mereka layak untuk membeli pembesar suara wayarles Samsung R1 bernilai RM999, pada harga RM199 sahaja. 80% diskaun dari harga asal.

Celcom Double Prosperity - Samsung R1 RM199b

Jadi, ada tiga tawaran menarik Celcom sempenat Tahun Baru Cina ini. Jika anda berminat untuk melanggan pelan pascabayar Celcom, sekarang adalah masa terbaik untuk melawat cawangan Celcom atau Blue Cube. Jangan terlepas pula. Layari laman web Celcom Double Prosperity untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?