Bahaya Testimoni WhatsApp Palsu

Share Button

Testimoni dalam perniagaan memang penting. Ia boleh memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan untuk berurusan dengan kita. Walau bagaimanapun, kemajuan dunia teknologi masa ini membolehkan beratus-ratus testimoni direka sambil makan kacang saja.

170109-whatsfake-01

Apps WhatsFake boleh menghasilkan testimoni palsu yang sukar dibezakan ketulenannya

WhatsFake adalah salah satu daripada ratusan apps di telefon pintar yang menyediakan fungsi menghasilkan perbualan WhatsApp. Menggunakan apps ini, anda boleh mensimulasikan perbualan WhatsApp secara amat detil.

Apa yang anda boleh lakukan dengan WhatsFake?

  1. Mewujudkan pengguna palsu & menukar gambar profil.
  2. Menulis teks untuk kedua-dua pihak.
  3. Menentukan cap masa, status, data last seen, atau pun mesej itu sudah dibaca atau belum.

170109-whatsfake-02

Daripada nama pengirim, hinggalah ke cap masa boleh diubah suai

Memang sangat mengerikan jika ia digunakan oleh orang tak bertanggung jawab. Bukan saja testimoni palsu boleh diwujudkannya, malah ia berpotensi menjadi alat fitnah lebih-lebih lagi untuk melaga-lagakan dua belah pihak.

Apapun, untuk yang berniaga, pastikan sumber rezeki anda diberkati. Walaupun perniagaan anda berjaya hasil testimoni palsu ini, anda perlu kenali istilah istidraj. Istidraj adalah  istilah yang digunakan untuk merujuk pada kesenangan yang diterima seseorang itu adalah sesuatu yang merosakannya. Misalnya Firaun yang kaya tetapi dilaknat. Dalam Al-Quran ada menyatakan:

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِّأَنفُسِهِمْ ۚ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا ۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

“Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahawa pemberian kesenangan Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi kesenangan kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan.” (Ali ‘Imran: 178)

Apa komen anda?