Apa langkah Google untuk memastikan keselamatan aplikasi di Android?

Share Button

Keselamatan peranti sebenarnya bermula dari diri sendiri. Jangan klik pautan yang tak diketahui keselamatannya, jangan muat turun dari sumber yang meragukan, dan dapatkan aplikasi dari tempat yang dijamin selamat seperti Google Playstore.

Benarkah Google Playstore selamat? Google telah menetapkan beberapa langkah untuk menjamin hanya aplikasi yang selamat digunakan, tersenarai di dalam Google Playstore. Malah, di dalam Android sendiri terdapat satu fungsi keselamatan yang dinamakan ‘Verify Apps‘.

Pemeriksaan keselamatan Google aplikasi di Android - Verify Apps

Verify Apps merupakan satu langkah keselamatan di dalam Android, bagi memeriksa pemasangan aplikasi baru di dalam peranti untuk mengesan sebarang aktiviti yang berpotensi membawa bahaya. Ini kerana pengguna memuat turun aplikasi bukan sahaja dari Google Playstore, kerana Android boleh memasang aplikasi semudah memuat turun fail pemasangan APK dari mana-mana sumber yang tidak diketahui.

Bagaimana Google mengesahkan aplikasi di Google Playstore selamat? Salah satu darinya adalah dengan mengesan peranti yang Mati atau Tidak Selamat (Dead or Insecure – DOI). Sesebuah peranti akan ditanda DOI jika ia tidak lagi membuat pengesahan Verify Apps dengan Google. Ini biasa terjadi apabila sebuah aplikasi yang baru dipasang, mematikan fungsi Verify Apps. Dalam kata lain, aplikasi ini biasanya berbahaya.

Pemeriksaan keselamatan Google aplikasi di Android

Apabila terlalu banyak peranti ditanda DOI, Google akan memeriksa aplikasi apa yang dipasang sebelum ia berhenti menghantar semakan Verify Apps. Jika terlalu banyak aplikasi yang sama dikesan, bermakna ia adalah aplikasi yang merbahaya kerana cuba mengelak dari pengesahan.

Verify Apps dan semakan DOI, adalah salah satu dari langkah keselamatan yang dibuat Google, untuk memastikan persekitaran yang terjamin. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat menghalang jika pengguna sendiri mengambil keputusan memasang aplikasi merbahaya dari sumber yang diragui.

Ingat, amalkan penggunaan internet yang sihat untuk keselamatan diri anda.

Pemeriksaan keselamatan Google aplikasi di Android - pengguna Google Nexus di tengah jalan

[SUMBER: Blog Google]

Apa komen anda?