Trusted Contacts kesan lokasi yang tersayang

Share Button

Sering risaukan ahli keluarga ataupun sahabat handai atau sesiapa sahaja yang anda sayangi berjalan pulang sendirian? Google kini menyediakan satu aplikasi khas untuk anda merasa lebih selamat, Trusted Contacts.

Trusted Contacts merupakan aplikasi yang mempunyai satu fungsi utama, memberitahu anda di mana orang yang anda sayangi berada, walaupun telefon pintar tersebut tiada akses ke internet atau dipadamkan.

google-trusted-contacts-play-store-01

Cara ia berfungsi sangat mudah. Mula-mula, muat turun aplikasi Trusted Contacts menerusi Google Playstore. Kemudian pilih kenalan yang anda percaya dan mahu dihubungi, untuk dimasukkan ke dalam Trusted Contacts. Dari sini, kenalan anda boleh mengetahui status aktiviti anda, samada lokasi semasa ataupun lokasi terakhir sebelum terputus talian, memastikan anda masih OK.

Kenalan yang anda percayai tadi, boleh menghantar permintaan untuk mengetahui di mana lokasi anda. Jika anda tidak berdepan masalah, anda boleh membatalkan permintaan itu. Tetapi jika tiada respon selepas beberapa masa, lokasi anda akan dikongsi secara automatik dan diberitahu kepada kenalan di dalam Trusted Contacts tadi.

Satu contoh situasi. Anda berjanji dengan rakan untuk bertemu di sebuah kedai kopi. Tapi sebelum itu anda pergi berjalan-jalan di dalam hutan berhampiran dan sesat sehingga sampai ke kawasan yang tiada talian. Rakan anda yang sedia ada di dalam Trusted Contacts tadi, menyedari yang anda masih belum tiba sejam selepas masa dijanjikan. Jadi rakan anda mengaktifkan aplikasi Trusted Contacts, dan meminta lokasi. Trusted Contacts akan menghantar lokasi terakhir anda dalam talian, iaitu memasuki hutan. Dari situ, rakan anda menghubungi pihak berkuasa dan carian akan dibuat di dalam hutan tersebut, seterusnya anda diselamatkan.

Jika anda merasakan aplikasi ini sangat berguna untuk kegunaan yang tersayang, ia boleh dimuat turun di Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web bantuan Trusted Contacts.

[SUMBER: Blog Google]

Apa komen anda?