Tiga telefon Xiaomi di bawah RM500 selama 3 hari sahaja

Share Button

Hari ini, 12 Disember 2016 dilihat sebagai satu tarikh yang agak menarik. Kerana itu beberapa kedai memberikan tawaran khas, seperti yang terdapat di stor Mi Malaysia. Khas selama 3 hari bermula hari ini, Mi Malaysia memberikan diskaun untuk beberapa produk popularnya.

Di antara 12-14 Disember 2016, pengguna di Malaysia berpeluang mendapatkan beberapa telefon pintar Xiaomi pada harga di bawah RM500. Jika anda terlepas peluang mendapatkan Redmi Note 3 sebelum ini, ia kembali ditawarkan pada harga RM499 untuk 3 hari ini. Peranti dengan skrin 5.5-inci HD Penuh serta 2GB RAM & 16GB storan dalaman adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan skrin besar pada harga rendah.

mi-malaysia-festive-deals-12-12

Tawaran kedua pula adalah Redmi 3S juga dengan 2GB RAM dan 16GB storan, juga pada harga RM499. Bagaimanapun ia memiliki skrin sedikit kecil, 5-inci dengan resolusi HD. Tawaran ketiga adalah telefon pintar Mi 4i pada harga super rendah RM399. Di dalamnya ia memiliki 2GB RAM & 16GB storan, tetapi tanpa slot kad mikroSD. Skrinnya berukuran 5-inci dengan resolusi tajam HD Penuh.

Mi Malaysia juga meraikan ketibaan satu produk baru ke dalam stor mereka hari ini. Ia merupakan sebuah pembesar suara wayarles, yang diberi nama Mi Bluetooth Speaker. Harga jualannya adalah RM179, tetapi dalam promosi 3 hari ini, Mi Malaysia menjualnya pada harga diskaun RM169 sahaja.

mi-malaysia-festive-deals-12-12-mi-bluetooth-speaker

Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan produk Xiaomi pada harga hebat ini. Lain-lain produk Xiaomi yang akan dijual di stor Mi Malaysia di Lazada adalah seperti berikut:

  • RM79 – Mi Power Bank 10,000mAh (Emas/Merah)
  • RM69 – Mi Power Bank 10,000mAH (Perak)
  • RM69 – Fon Telinga Mi Capsule (Hitam/Putih)
  • RM89 – Fon Telinga Mi In-ear Pro
  • RM129 – Gelang Pintar Mi Band 2
  • RM149 – Mi Power Bank Pro 10,000mAh
  • RM999 – Telefon Pintar Mi Max
  • RM699 – Telefon Pintar Redmi 3S 32GB
[SUMBER: Facebook Mi Malaysia]

Apa komen anda?