Terima rebat PAYBACK dengan prabayar Senheng Mobile

Share Button

Senheng dikenali ramai sebagai kedai menjual peralatan elektrik dan elektronik. Tetapi awal tahun ini mereka melancarkan talian pascabayar mereka sendiri, Senheng Mobile. Baru-baru ini, mereka memperkenalkan pula pelan prabayar dengan PAYBACK, memberikan pengguna kredit semula bagi setiap tambah nilai.

Senheng Mobile merupakan penyedia talian mudahalih maya (MVNO) di atas MVNO lain, Redone. Senheng mendapatkan kerjasama Redone yang menyediakan pakej pelan prabayar serta tambah nilai. Senheng menggunakan sistem talian Celcom, memberi liputan sepantas 4G yang meluas ke seluruh negara.

pentas-pelancaran-prabayar-senheng-payback-bersama-redone

Prabayar Senheng ini serupa seperti tawaran prabayar Redone, dengan tambahan PAYBACK, sejenis sistem yang memberikan pengguna 10% rebat dalam bentuk EZ kredit untuk setiap tambah nilai. EZ Kredit ini boleh digunakan dalam tempoh 2 tahun, untuk sebarang pembelian di Senheng.

Pek permulaan prabayar Senheng Mobile berharga RM30, boleh didapati dari cawangan Senheng dan Senq. Ia datang bersama RM6 kredit dan 500MB data percuma. Selain EZ Kredit, keunikan prabayar Senheng ini adalah panggilan percuma sesama talian prabayar Senheng tanpa had.

pelancaran-prabayar-senheng-payback-bersama-redone-percuma-200-pek-prabayar

Bagi memeriahkan pengenalan prabayar Senheng Mobile ini, bermula 1 Disember 2016, Senheng akan memberikan 200 kad tambah nilai RM30 secara percuma di 4 lokasi iaitu Grand Senheng Setia Alam, Grand Senheng Selayang, senQ Alamanda serta senQ leisure Mall.

Jika anda sering membeli-belah di Senheng atau senQ, prabayar Senheng Mobile ini mungkin sesuai untuk digunakan, kerana memberikan rebat PAYBAK EZ Kredit yang boleh digunakan untuk berbelanja di Senheng. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Senheng Mobile.

Apa komen anda?