TCL ambil alih telefon pintar BlackBerry

Share Button

BlackBerry mengukuhkan lagi kenyataan mereka sebelum ini untuk tidak lagi menghasilkan peranti, dengan satu perjanjian baharu bersama TCL Communications. BlackBerry akan memberi fokus penuh dalam memberikan servis serta penghasilan perisian keselamatan.

Dalam perjanjian ini, BlackBerry memberi lesen penggunaan perisian keselamatannya, serta jenama berkaitan kepada TCL Communications untuk mereka, mencipta, menghasilkan, menjual serta menyediakan sokongan pelanggan untuk peranti mudah alih berjenama BlackBerry. Pendek kata, TCL akan mengeluarkan telefon pintar berjenama BlackBerry selepas ini.

Sebelum ini, TCL Communications telahpun bekerjasama dengan BlackBerry dalam menghasilkan telefon pintar berjenama BlackBerry iaitu DTEK50 dan DTEK60. TCL Communications merupakan pengeluar peranti mudah alih nombor 4 di Amerika Utara, dan termasuk dalam 10 pengeluar utama di dunia.

Selepas ini TCL Communications akan menguruskan secara eksklusif, segala-galanya tentang peranti mudahalih BlackBerry di seluruh dunia, kecuali di beberapa negara iaitu India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh dan Indonesia. TCL akan mengumumkan pelan hala tuju peranti BlackBerry dalam masa terdekat.

logo-tcl-the-creative-life

Apa komen anda?