Tarikh pelancaran OPPO R9s di Malaysia kini jelas

Share Button

OPPO Malaysia sudah memulakan kempen pengenalan telefon pintar baru mereka, OPPO R9s menerusi promosi jalanan dan lantikan duta. Kini, OPPO mengumumkan OPPO R9s akan dilancarkan di Malaysia pada 5 Januari 2017 menerusi jemputan yang diedarkan.

Di dalam jemputan tersebut, majlis pelancaran OPPO R9s akan diadakan pada petang hari Khamis, 5 Januari 2017. Ia akan menuruti jejak langkah Samsung Galaxy A (2017), sebagai telefon pintar baru terawal dilancarkan di Malaysia bagi tahun 2017.

oppo-r9s-final-lee-is-coming-duta-ayda-jebat

OPPO turut mencanangkan berita tentang lantikan duta OPPO R9s seperti pelakon lelaki popular Fattah Amin, selebriti media sosial Min Chen serta penyanyi wanita Ayda Jebat.

Di samping itu, masih terdapat seorang lagi duta misteri yang masih belum diumumkan secara rasmi. Tetapi orang ramai meneka dari bentuk badan tersebut, sebagai pelakon lelaki popular dari Korea Selatan, Lee Minho. Jika benar, ia adalah kali pertama untuk OPPO Malaysia menggunakan selebriti dari Korea Selatan sebagai duta produk mereka.

oppo-r9s-final-lee-is-coming-penuh

Berbalik kepada subjek utama, OPPO R9s merupakan telefon pintar kelas utama dengan kuasa kamera yang lebih hebat. OPPO tidak lagi memberi perhatian utama kepada swafoto, sebaliknya mahu menekankan kelebihan kamera belakang OPPO R9s yang mampu mengambil gambar setaraf profesional.

Kamera belakang OPPO R9s menggunakan sensor Sony IMX398 yang ditempa khas, 16MP f/1.7 dengan teknologi fokus dwi-PDAF, menjanjikan fokus yang lebih pantas. Ia boleh merakam video Ultra HD 4K dan dilengkapi penstabil imej elektronik (EIS). Untuk kamera depan, sensor 16MP bersama perisian Beautify 4.0 akan memenuhi kehendak penggemar swafoto.

oppo-r9s-akan-tiba-di-malaysia-kini-semakin-jelas

Skrin OPPO R9s sebesr 5.5-inci HD Penuh, dilapisi kaca teguh Corning Gorilla Glass 5. Badannya disaluti besi bersama 6 garisan antena yang menarik di belakang. Kuasanya pula dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 625, dibantu oleh 4GB RAM serta 64GB storan dalaman. Slot kad mikroSD turut disediakan di samping sokongan dua kad sim 4G LTE.

Pengimbas capjari terletak di hadapan, dan OPPO R9s dibekalkan bateri berkapasiti 3,010mAh bergandingan dengan pengecas pantas OPPO VOOC. Harganya akan diumumkan di majlis pelancaran kelak, tetapi ia dijangka melebihi RM2,000 kerana ia telah pun dijual di Singapura pada harga SGD679 (~RM2,102).

Jangan ketinggalan untuk mengikuti laporan kami kelak di majlis pelancaran OPPO R9s pada 5 Januari 2017, minggu hadapan.

Apa komen anda?