Siri baru Galaxy A sah kalis air

Share Button

Sebelum ini, TheSkop sudah menggambarkan kemungkinan model-model Samsung Galaxy A (2017) yang bakal dilancarkan pada 5 Januari depan (rujuk di sini).

Dalam cakap-cakap sumber dalaman, TheSkop memperoleh imej teaser kedua selain boleh mengesahkan model-model Galaxy A (2017) akan memperoleh dua ciri meletup!

Antaranya, kelengkapan IP68 yang bermakna kalis air dan debu jadi kalau setakat telefon anda basah ketika musim hujan, banjir ataupun mahu digunakan dalam kolam renang pun tidak akan mendatangkan masalah.

Kemudian, satu lagi ciri yang sah akan wujud dalam peranti ini ialah kemudahan kamera yang mampu merakam dalam pencahayaan rendah. Syok untuk selfie pada waktu malam!

Selain itu, ia mampu menghasilkan kualiti video yang awesome jadi kepada kaki-kaki yang kerap membuat penampilan secara langsung di Facebook, ia berita baik!

 

galaxy-a-series-2017-teaser-2

galaxy-a-series-2017-teaser-1

Apa komen anda?