Sewa filem di Google Play serendah RM1.49

Share Button

Google telah sekian lama menyediakan servis strim filem terus dari Google Movies di Malaysia. Senarai filem yang terdapat di Google Movies dilihat lebih terkini berbanding iflix dan Netflix. Tetapi harganya agak mahal.

Jika anda belum pernah mencuba menonton filem di Google Movies, sekarang adalah masa yang terbaik kerana Google Play kini menawarkan sewaan filem hanya RM1.49 untuk satu filem. Ya, hanya untuk satu filem sahaja.

Anda boleh mendapatkan tawaran ini semudah membuka aplikasi Google Play di peranti pintar Android, dan pergi ke tab Movies/Books/Newsstand. Terdapat satu banner yang berwarna kuning bertulis “2016’s Hit Movies on Play“. Klik padanya dan anda akan menerima tawaran untuk menyewa filem pada harga RM1.49.

Senarai filem di dalam Google Movies antaranya adalah Finding Dory, The Conjuring 2, Pete’s Dragon, The BFG, The Legend of Tarzan, Jason Bourne, Zootopia, Fast & Furios 7, Lights Out, X-Men Apocalypse dan juga Star Wars episode VII: The Force Awakens. Filem-filem ini agak baru, kerana ia ditayangkan di pawagam kurang setahun yang lepas.

sewa-filem-di-google-play-serendah-rm1-star-wars-ep-vii-the-force-awakens

Selepas memilih filem, anda akan diberi pilihan untuk membeli atau menyewa. Seperti Filem Star Wars ini, harga belian RM29 manakala harga sewaan RM14. Pilih sewaan dan ia akan menawarkan pula resolusi HD berharga RM17 dan resolusi SD RM14. Untuk tawaran ini, anda perlu membayar RM1.49 sahaja tidak kira SD atau HD. Jadi, lebih baik pilih HD. Kemudian, lengkapkan bayaran.

Untuk sewaan, anda mempunyai masa selama 30 hari untuk mula menonton dari tarikh pembayaran sewaan, dan ia akan dibuang dari koleksi anda 48 jam selepas tontonan pertama. Hanya RM1.49, mengapa tidak mencuba kan. Ia boleh ditonton di peranti Android, pelayar komputer atau di skrin besar TV LED menerusi Google Chromecast.

Diingatkan, hanya satu filem sahaja yang ditawarkan untuk sewaan RM1.49 ini. Jika anda menerima notis amaran promosi tidak boleh ditebus, cuba semak semula di tetapan Account > Rewards > Get Movie. Tawaran ini akan berakhir pada 23 Januari 2017.

[SUMBER: SoyaCincau]

Apa komen anda?