Red Bull menambah sayap ESL One Genting 2017

Share Button

Bulan Disember dah menjelma, bermakna Januari akan tiba tidak lama lagi. Ia juga menandakan bermulanya pertandingan eSukan yang berprestij akan dilangsungkan di Malaysia. Tidak lain dan tidak bukan, ESL One Genting 2017.

Sebagai sebuah pertandingan antarabangsa yang dikenali ramai, pastinya ia menarik banyak penaja yang ingin turut berkongsi kemeriahannya. Antaranya adalah Red Bull yang berasal dari Eropah, yang akan menjadi minuman tenaga rasmi bagi ESL One Genting 2017.

penonton-di-esl-one-manila-2016

Kerjasama Red Bull dan ESL One bukanlah kali pertama. Red Bull telah mula bekerjasama dengan ESL One sejak tahun 2012, antaranya di ESL One Frankfurt dan ESL One Cologne. Selain ESL One, Red Bull juga aktif di arena eSukan menerusi pelbagai pertandingan lain seperti Red Bull Battle Grounds, Red Bull Player One, dan Red Bull Kumite.

ESL One akan membuka tirai 2017 dengan siri pertama pertandingan di adakan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 6 hingga 8 Januari 2017. Pertandingan Dota 2 di ESL One ini akan mempertemukan lapan pasukan terbaik, bagi merebut hadiah terkumpul bernilai USD250,000 (~RM1.1 juta).

tujuh-pasukan-yang-sedia-menempah-tiket-ke-esl-one-genting-2017

Sehingga kini, baru tujuh pasukan telah mengesahkan tempat ke ESL One Genting 2017 iaitu Juara Dunia, pasukan Wings Gaming, serta enam lagi pasukan iaitu Digital Chaos, Fnatic, Virtus.pro, NP, Execration, dan Newbee. Tempat ke-8 akan ditentukan di pusingan kelayakan Malaysia, yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan Disember ini.

Bagi yang berminat untuk menonton secara langsung, tiket masuk boleh dibeli di laman web ESL One Genting 2017. Bagaimanapun, tiket Regular telah habis dijual. Yang tinggal hanyalah tiket Plus dan VIP. Jika berminat, semak laman web pembelian tiket ESL One.

Untuk mengetahui lebih lanjut maklumat dan berita terkini tentang ESL One GENTING 2017, layari laman web Red Bull ESL One Genting.

Apa komen anda?