Rakaman iklan OPPO R9s perjelas peribadi duta misteri

Share Button

Hari demi hari, makin rancak OPPO Malaysia mempersiapkan diri untuk pelancaran OPPO R9s di Malaysia pada 5 Januari kelak. Hari ini, OPPO Malaysia memberi sedikit lagi petunjuk berkenaan duta misteri mereka yang masih belum diumumkan.

Telah sedia diketahui sebelum ini, OPPO Malaysia telah melantik Fattah Amin, Min Chen dan Ayda Jebat sebagai duta telefon pintar OPPO R9s yang bakal dilancarkan di Malaysia. Sementara satu lagi duta yang mempunyai nama LEE, akan diumumkan pada 1 Januari 2017.

oppo-r9s-di-sebalik-tabir-rakaman-iklan-min-chen-dan-lee-minho

OPPO Malaysia telah berkongsi disebalik tabir rakaman iklan OPPO R9s, di mana kelibat Min Chen serta pelakon lelaki popular Korea Selatan, Lee Minho kelihatan di situ. Dari suasana penggambaran, tema romantik dipilih untuk rakaman iklan baru ini.

Manakala di Facebook OPPO Malaysia, mereka telah menayangkan satu video tentang duta misteri ini. Dikatakan beliau seorang pelakon lelaki setinggi 187cm yang kacak, romantik dan sangat menarik perhatian.

OPPO R9s Ambassador TeaserAre you ready for the emergence of the OPPO R9s to Malaysia? Let’s usher the advent of the OPPO R9s together.

We will give you the final clue who our new ambassador is – he’s very good looking.

#OPPOR9s #NowItsClear

Posted by OPPO on Thursday, December 29, 2016

Tidak syak lagi, Lee Minho adalah duta misteri OPPO R9s di Malaysia kelak. Beliau adalah seorang pelakon lelaki dari Korea Selatan, yang sangat diminati oleh peminat drama Korea di Malaysia. Pasti ini akan menarik perhatian orang ramai terhadap OPPO R9s nanti. Persoalannya sekarang, adakah Lee Minho akan muncul di majlis pelancaran di Malaysia pada 5 Januari kelak?

Berkenaan telefon pintar OPPO R9s pula, ia adalah telefon pintar terbaru OPPO yang memberi lebih perhatian pada kamera belakangnya. Ia dilengkapi sensor eksklusif Sony IMX398 yang direka khas buat OPPO R9s, dengan apertur f/1.7 dan autofokus dwi-PDAF yang lebih pantas dari biasa.

Rekabentuk OPPO R9s tidak banyak berbeza dengan siri OPPO F1 sebelum ini, melainkan pada antenanya yang menggunakan 6 garisan di belakang. Diperkasa pemproses Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM & 64GB storan dalaman, ia adalah sebuah peranti yang berkuasa tinggi.

Harga dan tarikh jualan OPPO R9s akan diumumkan ketika pelancarannya pada 5 Januari 2017. Ia dianggarkan melebihi RM2,000 jika tidak berbeza dengan Singapura, kerana ia telah dijual di sana pada harga SGD679 (~RM2,102). Nantikan berita lebih lanjut dari kami pada 5 Januari nanti, terus dari majlis pelancarannya.

Apa komen anda?