Pebble sah berkubur

Share Button

Pebble, nama yang telah menggegarkan dunia Kickstarter apabila berjaya mengumpulkan dana paling banyak dalam sejarahnya, kini telah sah berkubur. Mati. Tamat. Ia berikutan pengambilalihan oleh Fitbit yang baru sahaja diumumkan. Selepas itu, Pebble diumumkan akan ditutup sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, semua urusan sokongan selepas jualan juga dihentikan. Bermakna, pemilik Pebble yang masih dalam jaminan, tidak lagi dijamin perantinya selepas ini. Kalau rosak, kena baiki sendiri dengan kos sendiri. Tidak ada jua kemaskini perisian Pebble lagi.

sekumpulan-pengguna-pebble-berkumpul

Menambah sedih lagi adalah, model baru Pebble yang kini dalam proses penghasilan, iaitu Pebble Time 2 dan Pebble Core akan dihentikan, dan wang pembeli akan dipulangkan. Pembelian yang dibuat melalui pengumpulan dana di Kickstarter, akan mula dipulangkan bermula Mac 2017.

Dengan perkembangan ini, dapat dilihat pengguna Pebble kini berada dalam situasi di awangan. Tiada sokongan, tiada kemaskini dan tiada lagi produk baru. Menurut Bloomberg, Fitbit membeli Pebble hanyalah untuk mendapatkan kepakaran jurutera perisian dan paten milik Pebble sahaja.

Jika anda pengguna Pebble, apakah perasaan anda selepas membaca pengumuman Pebble ini?

petugas-dan-pekerja-di-pebblePekerja Pebble bergambar beramai-ramai

[SUMBER: Pebble, Bloomberg]

Apa komen anda?