Pawagam MBO Cinemas diperkasa teknologi Dolby terkini

Share Button

MBO Cinemas merupakan penyedia khdimat tayangan panggung wayang di Malaysia. Kini mereka memiliki 26 lokasi pawagam di seluruh Malaysia, dan merancang untuk menambah 10 lagi lokasi baru. Untuk memastikan pengunjung dapat menikmati pengalaman menonton terbaik, MBO Cinemas akan melengkapkan pawagam mereka dengan teknologi terkini dari Dolby.

MBO Cinemas telahpun menempah 100 unit Dolby ShowVault/Integrated Media Block (IMB), 75 unit Dolby Digital Cinema Processor CP750 dan 25 unit Dolby Atmos Cinema Processor CP850, sedia untuk diintegrasi menjelang Jun 2018. Penonton tidak lagi menonton wayang secara pasif, tetapi dapat menikmatinya dengan lebih menyeluruh terutama dengan teknologi Dolby Atmos.

skrin-dan-kerusi-dalam-mbo-cinemas

Dolby ShowVault/IMB merupakan pakej tayangan digital lengkap, merangkumi perkakas dan perisian dalam satu. Ia menyokong pelbagai teknologi tayangan terkini seperti dwi input 3G HD-SDI, input HDMI 3D dengan HDCP, sokongan pemain 4K serta kebolehan menaik taraf paparan ke resolusi 2K dan 4K.

Dolby Atmos Cinema Processor CP850 pula merupakan penyelesaian audio lengkap untuk pawagam masakini. Ia menghasilkan bunyi yang asli dan realistik kepada penonton, dengan kebolehan pengeluaran bunyi sehingga 64 pembesar suara. Ia juga menyokong sistem bunyi digital Dolby Surround 7.1 dan 5.1, serta format Dolby yang lain seperti Dolby TrueHD, Dolby Digital Plus, dan Dolby E.

mbo-cinemas-dilengkapi-dolby-atmos-cinema-processor-cp850

Dolby Digital Cinema Processor CP750 adalah alat kawalan audio di pawagam yang mudah dioperasi, dan serasi dengan pelbagai teknologi sedia ada. Ia mampu menyokong bunyi sekeliling 5.1 termasuk penyelesaian premium Dolby Surround 7.1.

Dengan naiktaraf teknologi baru ke dalam pawagam, ia pasti menjadikan tontonan filem dapat dirasakan dengan lebih penghayatan. Jika sistem bunyi dua saluran ataupun 5.1 sudah mengagumkan, pasti sistem bunyi seperti Dolby Atmos dengan 64 pembesar suara memberikan sistem audio yang lebih hebat.

MBO Cinemas menyediakan tayangan filem terkini serta menawarkan program kesetiaan StarClub, memberikan pelbagai tawaran eksklusif dan ganjaran buat pengguna. Membuat tempahan di laman web MBO Cinemas juga mudah, serta tiada caj dikenakan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web MBO Cinemas.

Apa komen anda?