OPPO R9s mahu melupakan kehebatan kamera swafoto

Share Button

Tahun 2016 ibarat tahun swafoto buat OPPO. Ini kerana OPPO memberi fokus kepada telefon pintar dengan kamera depan yang hebat khusus untuk berselfie, atau dalam Bahasa Melayu, berswafoto. Tetapi ketibaan tahun 2017 akan disambut dengan berbeza, dengan kemunculan OPPO R9s.

OPPO menyatakan tahun 2017 adalah tahun fotografi mudahalih, bukan lagi swafoto. Dengan telefon pintar OPPO R9s yang akan tiba tahun depan, ia akan memberi fokus utama mengambil gambar ibarat profesional, dengan kehebatan kamera belakang.

OPPO Malaysia juga telah mengambil langkah agresif apabila mula menaikkan papantanda di sekitar jalan-jalan utama di Kuala Lumpur, dengan kenyataan ‘Rehat sebentar selepas Swafoto. Mari bercakap tentang Kamera Belakang’. Kenyataan ini merujuk kepada OPPO R9s yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Telefon pintar OPPO R9s dilengkapi kamera belakang 16MP f/1.7, menggunakan sensor Sony IMX398 berukuran 1/2.8 inci. Ia akan menggunakan teknologi autofokus dwi-PDAF, menjadikan kelajuan fokus 40% lebih pantas dari biasa walaupun dalam suasana malap, sambil mengekalkan ketajaman gambar.

Walaupun fokusnya pada kamera belakang, kamera depan OPPO R9s tidak kurang hebat. Ia kelihatan sama seperti di OPPO F1 Plus, menggunakan sensor 16MP f/2.0 dengan fungsi Beautify 4.0 untuk swafoto yang sentiasa menawan.

Prestasi OPPO R9s diuruskan oleh pemproses Snapdragon 625 8-teras, bersama 4GB RAM dan ruang storan luas 64GB. Ia menyokong penambahan kad mikroSD sehingga 256GB. Kapasiti baterinya sebesar 3,010Mah yang boleh dicas pantas menggunakan teknologi OPPO VOOC, cas 5 minit untuk bercakap selama 2 jam.

Rekabentuk OPPO R9s sangat mirip dengan OPPO F1 Plus, seperti badan diperbuat dari besi, skrin 5.5-inci HD Penuh dan pengimbas capjari di hadapan. Satu perkara yang berbeza, adalah garisan antena di belakang yang kini menggunakan 6 garisan.

Tarikh pelancaran OPPO R9s masih belum diketahui lagi, tapi dijangka sekitar bulan Januari 2017. Ia telah pun dijual di Singapura dengan harga SGD679 (~RM2,102). Mungkinkah harganya di Malaysia akan lebih rendah? Sama-sama kita nantikan pengumuman dari OPPO Malaysia. Sementara tu, rujuk laman web OPPO R9s Singapura untuk maklumat lanjut.

OPPO R9s-Now It’s Clear#OPPOR9s #NowItsClear
Find out more here:
OPPO Taiwan: http://bit.ly/2hknNLW
OPPO Singapore: http://bit.ly/2husZxl

Posted by OPPO on Monday, December 12, 2016

Trackbacks

  1. […] Malaysia sudah memulakan kempen pengenalan telefon pintar baru mereka, OPPO R9s menerusi promosi jalanan dan lantikan duta. Kini, OPPO mengumumkan OPPO R9s akan dilancarkan di Malaysia pada 5 Januari 2017 […]

  2. […] lepas, OPPO Malaysia telah memulakan kempen pengenalan telefon pintar OPPO R9s di jalanan Kuala Lumpur. OPPO R9s dikatakan akan memberi lebih fokus kepada kamera belakang, […]

Apa komen anda?