OPPO mahu orang ramai teka siapa duta misteri Final-Lee R9s

Share Button

Minggu lepas, OPPO Malaysia telah memulakan kempen pengenalan telefon pintar OPPO R9s di jalanan Kuala Lumpur. OPPO R9s dikatakan akan memberi lebih fokus kepada kamera belakang, berbanding telefon pakar swafoto yang menjadi penggerak utama OPPO Malaysia sepanjang tahun 2016. Hari ini, OPPO Malaysia mengumumkan duta bagi OPPO R9s yang bakal dilancarkan tahun depan.

Fattah Amin, pelakon lelaki yang popular menerusi drama “Suri Hati Mr. Pilot” yang turut bergandingan dengan selebriti wanita popular Neelofa, buat pertama kalinya dilantik menjadi duta telefon pintar OPPO. Selain itu, OPPO sekali lagi melantik selebriti media sosial Min Chen, bagi promosi OPPO R9s ini.

oppo-r9s-final-lee-is-coming-duta-fattah-amin oppo-r9s-final-lee-is-coming-duta-min-chen

Tetapi perkara yang lebih hangat diperkatakan adalah duta ketiga OPPO R9s di Malaysia yang masih misteri. Ia hanya menyatakan, “Final-Lee R9s is coming“, memberi petunjuk namanya mungkin berkait dengan Lee. Adakah ia selebriti yang datang dari Korea? Lee Kwang Soo kah, atau Lee Hong Gi, atau Lee Min Ho? OPPO Malaysia akan mengumumkannya pada 1 Januari 2017.

Sementara itu, Facebook OPPO Malaysia sedang mengadakan peraduan teka siapakah duta misteri OPPO R9s ini. Berjalan dari 27 Disember sehingga 31 Disember 2016, orang ramai berpeluang memenangi set kepada Bluetooth LE 903. Apa yang perlu dilakukan adalah, kongsi status Facebook OPPO Malaysia di timeline Facebook anda dengan jawapan, dan tag seorang rakan. Pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2017.

oppo-r9s-final-lee-is-coming-penuh

Telefon pintar OPPO R9s dilengkapi sensor Sony IMX398 berukuran 1/2.8-inci yang direka khas, dengan resolusi 16MP f/1.7 serta autofokus dwi-PDAF yang lebih pantas dari biasa. Kamera depannya pula menggunakan sensor 16MP f/2.0, bergandingan dengan perisian Beautify 4.0 untuk tangkapan swafoto menawan.

OPPO R9s dikuasakan pemproses Snapdragon 625 8-teras, bersama 4GB RAM serta storan 64GB. Ia disertakan bateri berkapasiti 3,010mAh dan pengecasan pantas OPPO VOOC. Badan besinya dihiasi dengan 6 garisan antena unik di belakang.

Harga dan tarikh jualan OPPO R9s masih belum ditetapkan di Malaysia, tetapi di Singapura ia telah dijual pada harga SGD679 (~RM2,102). Nantikan pengumuman lebih lanjut dari OPPO R9s pada 1 Januari kelak. Sementara itu, rujuk laman web OPPO R9s Singapura untuk maklumat lanjut.

OPPO R9s-Now It’s Clear#OPPOR9s #NowItsClear
Find out more here:
OPPO Taiwan: http://bit.ly/2hknNLW
OPPO Singapore: http://bit.ly/2husZxl

Posted by OPPO on Monday, December 12, 2016

Trackbacks

  1. […] menjadi duta telefon ini. Selain beliau, terdapat beberapa orang bintang tempatan turut menjadi duta telefon […]

Apa komen anda?