Nokia akan kembali tahun depan dengan telefon Android

Share Button

Nokia adalah satu jenama lagenda dalam dunia telefon mudahalih. Selepas lama mendiamkan diri, kini Nokia diumumkan akan kembali ke dunia telefon pintar pada tahun 2017. Sebelum ini, Microsoft telah mengambilalih jenama Nokia pada 2014, malah telah membuang nama Nokia untuk menggunakan nama Lumia.

Pada satu ketika, syarikat asal Nokia pernah cuba mengeluarkan tablet Nokia N1. Selepas itu, banyak khabar angin menyatakan Nokia mahu melancarkan telefon pintar sendiri, tetapi tiada yang menjadi kenyataan.

hmd-rumah-baru-telefon-nokia

Telefon pintar Nokia yang baru ini akan dihasilkan oleh HMD, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Finland, dan dibarisi oleh muka-muka lama dari Nokia sendiri. HMD memperoleh lesen untuk menggunakan jenama Nokia selama 10 tahun, termasuk urusan penjualan telefon ‘featured’ Nokia yang masih sangat popular.

HMD telah mengumumkan akan menggunakan Android sebagai sistem operasi peranti pintar Nokia, yang akan diperkenalkan pada awal 2017 kelak. CEO HMD, Arto Nummela yakin mereka mampu memecahkan pasaran sedia ada dan menembusi pasaran di negara yang pesat berkembang seperti India, Indonesia dan Rusia.

telefon-nokia-105-dengan-lampu-led

Laman web Nokia kini telah mempunyai laman khas Phone, dengan kenyataan sedang sibuk menghasilkan telefon Android. Mereka juga baru sahaja membuka Facebook Pages Nokia Mobile.

Apakah kenangan paling manis anda dengan telefon Nokia, dan apakah yang anda mahu lihat semula pada telefon pintar Nokia yang akan datang? Telefon yang tahan lasak, atau bateri tahan lebih lama? Harapnya akan ada sesuatu yang benar-benar baru akan diperkenalkan kelak.

[SUMBER: HMD Global, SoyaCincau]

Comments

Trackbacks

  1. […] menjadi realiti, tetapi untuk China dahulu. HMD Global, syarikat yang bertanggungjawab untuk menghidupkan semula jenama telefon pintar Nokia, mengumumkan Nokia 6, telefon pintar berasaskan Android pertama […]

  2. […] lama sebelum ini, HMD Global telah mengumumkan jenama Nokia akan kembali ke pasaran tahun depan dengan telefon pintar berasaskan Android. Tetapi sebelum berakhirnya tahun 2016, HMD […]

Apa komen anda?