Maklumat penting Samsung Galaxy A (2017) terbocor

Share Button

Samsung Malaysia kini dalam gear penuh untuk melancarkan telefon pintar Galaxy A (2017), sebaik sahaja tahun baru 2017 menjelma. Beberapa petunjuk telah dipaparkan sementara menanti majlis pelancaran pada 5 Januari 2017, seminggu dari sekarang. Tetapi maklumat ini nampaknya telah terbocor.

Satu gambar yang kelihatan seperti poster pelancaran Samsung Galaxy A (2017) telah tersebar. Ia memperlihatkan promosi tempahan awal bagi Samsung Galaxy A5 (2017) dan Galaxy A7 (2017).

Samsung Galaxy A5 (2017) akan dijual pada harga RM1,699 manakala Galaxy A7 (2017) berharga RM1,899. Malah, untuk promosi tempahan dari 6 Januari sehingga 15 Januari 2017, pembeli akan menerima set kepala wayarles Level U Pro secara percuma.

Tidak kelihatan pula Galaxy A3 (2017) di dalam poster ini, jadi tidak pasti adakah ia akan dilancarkan bersama kelak. Telefon di dalam poster ini juga berwarna Hitam dan Emas, bermakna warna Biru untuk Galaxy A (2017) masih menjadi persoalan. Walaupun sebenarnya, semua maklumat ini belum disahkan sehingga majlis pelancaran. Pautan laman web dalam poster tu pun masih belum aktif.

Setakat ini, Samsung Malaysia memberi petunjuk Galaxy A (2017) akan memiliki pengiktirafan IP68 kalis air dan debu, kamera depan untuk swafoto yang cerah walaupun suasana malap dan kualiti strim video yang berkualiti.

Lain-lain maklumat, kena tunggu 5 Januari 2017. Nantikan laporan kami dari majlis pelancaran Samsung Galaxy A (2017) minggu depan.

[SUMBER: SoyaCincau]

galaxy-a-series-2017-teaser-1-edit

Trackbacks

  1. […] yang dinyatakan sebelum ini, di Malaysia hanya dua model akan dilancarkan pada Khamis ini iaitu Galaxy A5 (2017) […]

Apa komen anda?