Lebih banyak data internet lebih puas guna iPhone SE

Share Button
[iPhone SE ini dibawakan kepada anda oleh Celcom]

Memiliki peranti iOS yang berkuasa tinggi kini tidak lagi khusus untuk golongan elit. Dengan Celcom, telefon pintar seperti iPhone SE boleh menjadi milik sesiapa sahaja, dengan harga dari serendah RM288.

Celcom kini menawarkan telefon pintar iPhone SE dengan diskaun sehingga 80%. Hanya mendaftar kontrak pelan FIRST Platinum selewat-lewatnya 31 Januari 2017, dan iPhone SE boleh diperolehi pada harga RM288.

Pelan FIRST Platinum merupakan pelan terbaik yang terdapat di Celcom. Ia memberi data internet terbesar yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Sebanyak 60GB data boleh digunakan, dengan komitmen RM150 sebulan di Celcom FIRST Platinum.

celcom-first-platinum-60gb-data-sms-panggilan-tanpa-had

Data ini diberikan dalam bentuk 30GB hari biasa dan 30GB hujung minggu. Tetapi ia boleh digabungkan menjadi 60GB data bulanan, dengan mengaktifkan fungsi AnydayGB dengan tambahan RM10 sahaja sebulan. Dengan AnydayGB, 60GB data boleh digunakan bila-bila masa, di mana-mana hari yang dimahukan.

celcom-first-anydaygb

Ia tidak terhad pada data internet sahaja. Sebaliknya FIRST Platinum merupakan pelan semua dalam satu. Pengguna turut menerima panggilan dan SMS tanpa had, ke semua talian di Malaysia secara percuma.

Malah, FIRST Platinum turut memberikan penggunaan aplikasi borak sosial, WhatsApp dan WeChat tanpa had. Berboraklah sepuasnya samada secara panggilan, SMS mahupun melalui aplikasi sosial tanpa hiraukan sekatan dan bil yang melambung tinggi. Semuanya merupakan sebahagian dari pelan FIRST Platinum.

Menambah nikmat kemanisan dalam pelan FIRST Platinum ini adalah strim muzik tanpa had data dan had lagu, menerusi Yonder Music. Ia merupakan platform strim muzik yang memiliki lagu antarabangsa dan tempatan, terkini dan terbaru untuk dinikmati secara percuma oleh pelanggan Celcom FIRST.

apple-iphone-se-kamera-belakang-sama-iphone-6s

Dengan pelan hebat yang memiliki banyak kelebihan tanpa had, pasti ia gandingan terbaik dengan telefon pintar iPhone SE yang nampak kecil di luar, tetapi bertenaga luar biasa di dalam. iPhone SE merupakan jelmaan iPhone 6S dengan prestasi dan kamera yang sama hebatnya.

Dengan langganan Celcom FIRST Platinum, iPhone SE boleh menjadi milik anda dengan harga RM288 untuk versi 16GB, atau RM488 bagi versi 64GB. Lekas, jangan terlepas peluang untuk mendapatkan gandingan tawaran hebat iPhone SE bersama Celcom FIRST Platinum ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom iPhone SE sekarang.

Apa komen anda?