Layang-layang Maxis kaut hadiah terbanyak Anugerah Iklan YouTube Malaysia

Share Button

Buat pertama kalinya di Malaysia, Google Malaysia mengadakan YouTube Ads Awards Malaysia untuk meraikan hasil kreatif terbaik dari Malaysia. Malam anugerah ini diadakan untuk memberi penghormatan kepada jenama, agensi dan juga pencipta kandungan di YouTube, di mana hasil kreatif mereka melangkaui tujuan pemasaran untuk menawan hati dan minda penonton menerusi pelaksanaan yang kreatif dan jalan cerita yang menarik.

YouTube Malaysia Ads Awards dianjurkan bersama dengan Malaysian Advertising Association (MAA) selaku rakan rasmi, dan Advertising + Marketing Magazine selaku rakan media rasmi. Sebanyak 8 anugerah disediakan dalam pelbagai bentuk kategori iaitu, dengan tiga video dipilih sebagai finalis dalam setiap kategori, sebelum juri memilih satu pemenang.

youtube-ads-awards-malaysia-2016-mc-di-pentas

Juri pertandingan YouTube Malaysia Ads Awards tahun ini merupakan tokoh-tokoh terkenal dalam idustri iaitu:

  1. Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PrimeWorks Studios
  2. Chan Woei Hern, Pengarah Kreatif Eksekutif IPG Mediabrands
  3. Eugene Chan, Ketua Komunikasi dan Perkhidmatan Pemasaran Nestle Malaysia
  4. Melati Abdul Hai, Pengarah Kanan Pemasaran dan Komunikasi McDonald’s Malaysia.

Malam anugerah YouTube kali ini telah memilih video ‘Maxis – The Last Kite Maker’ sebagai pemenang keseluruhan, apabila telah berjaya memenangi 3 kategori iaitu Iklan Teknologi / Telekomunikasi Terbaik, Penceritaan Terbaik dan Iklan Panjang Terbaik. Ia menceritakan tentang kisah Pak Shafie, yang mengimpikan pengalaman terbang bersama layang-layang wau yang dihasilkannya sepanjang separuh abad yang lepas.

youtube-ads-awards-malaysia-2016-video-terbaik-maxis-the-last-kite

Selain Maxis, lima jenama dan agensi lain diberi penghormatan di majlis anugerah tersebut. ‘Janji Papa’ oleh Bank Simpanan Nasional membawa pulang anugerah Iklan Kewangan Terbaik, ‘Whatever It Takes’ oleh 11street memenangi kategori Iklan Perniagaan Terbaik, manakala ‘Warnai Dunia’ oleh F&N memenangi Iklan Barangan Pengguna Terbaik. Selain itu, Dutch Lady pula membawa pulang anugerah Intro 5 Saat Terbaik manakala Tune Project memenangi kategori Animasi Terbaik.

YouTube Malaysia turut meraikan empat pencipta kandungan YouTube yang telah meraih lebih 100,000 pengikut dengan penyampaian butang Perak iaitu:

youtube-ads-awards-malaysia-2016-saluran-lebih-100000-pengikut

Di samping itu, tiga saluran YouTube dari Malaysia diumumkan telah mencecah lebih 1 juta pengikut tahun ini iaitu:

 

Senarai penuh finalis dan pemenang YouTube Malaysia Ads Awards 2016 adalah seperti berikut:

Teknologi / telekomunikasi

  1. Maxis – The Last Kite Maker (pemenang kategori – IPG, Ensemble, Mojo Films)
  2. Maxis – 6 Inch Durian Farm
  3. Maxis – Rojak 360 Lost and Found

Kewangan

  1. BSN – Janji Papa (pemenang kategori – Fisherman Integrated, Graph Studio, Mediacliq)
  2. AIA – #MySwatowLaneClub
  3. Maybank – Jom Raya

Perniagaan

  1. 11street – Whatever it Takes (pemenang kategori – McCann Erickson)
  2. Subway – Chicken Tandoori
  3. IKEA – Storage Solutions

Barangan Pengguna

  1. F&N x Bunkface – Warnai Dunia (pemenang kategori – m/SIX, Alpha, PRS Productions)
  2. Unilever – Breeze Raya Pt.1
  3. Nescafe – Halftime

Intro 5 Saat

  1. Dutch Lady – Breakfast Chomp (pemenang kategori – Saatchi & Saatchi, Arachnid, Carat)
  2. Oishi – Green Tea
  3. Subway – Chicken Tandoori

Animasi

  1. Tune Protect (pemenang kategori – Ensemble Worldwide)
  2. Milo – Own the Day
  3. Digi – My Digi App

Penceritaan

  1. Maxis – The Last Kite Maker (pemenang kategori – IPG, Ensemble, Mojo Films)
  2. 11street – Whatever It Takes
  3. BSN – Janji Papa

Iklan Panjang

  1. Maxis – The Last Kite Maker (pemenang kategori – IPG, Ensemble, Mojo Films)
  2. 11street – Whatever It Takes
  3. Sime Darby – Budak Subang Jaya 360

Iklan Terbaik

  1. Maxis – The Last Kite Maker (pemenang keseluruhan – IPG, Ensemble, Mojo Films)

Apa komen anda?