Kenang kembali setahun perjalanan anda bersama Uber

Share Button

Uber telah menjadi pilihan pengguna di Malaysia sebagai salah satu pengangkutan awam. Di Malaysia, Uber telah berkhidmat di lapan bandar iaitu Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Melaka, Seremban dan Pulau Pinang.

Untuk mengenang kembali perjalanan pengguna sepanjang tahun, Uber telah membangunkan satu laman web khas, “Year With Uber“. Pengguna yang berdaftar, boleh melihat kembali laporan perjalanan mereka bersama Uber sepanjang tahun 2016.

Caranya, pergi ke laman web www.yearwithuber.com, kemudian log masuk menggunakan akaun Uber anda. Selepas itu, ia akan memproses data penggunaan Uber anda dan memperlihatkannya dalam bentuk slaid yang menarik.

year-with-uber-slide-001

Di samping itu, Uber juga berkongsi beberapa fakta menarik tentang pengguna di Kuala Lumpur iaitu:

  • Pengguna di Kuala Lumpur telah menggunakan perkhidmatan Uber sejauh 128juta km, bersamaan mengelilingi dunia sebanyak 3,000 kali.
  • Destinasi yang paling banyak dikunjungi adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • 24% perjalanan Uber bermula atau berakhir di stesen keretapi (LRT/MRT/Monorel/Komuter).
  • 31% pengguna menggunakan Uber di antara jam 10 malan sehingga 2 pagi.

 

Uber turut menyenaraikan tempat paling popular berdasarkan kategori, yang menjadi destinasi pengguna di Malaysia:

Pusat membeli-belah

Paling banyak ke Mid Valley, diikuti oleh Sunway Pyramid dan ketiga adalah DPulze atau The Street Mall di Cyberjaya.

Hab Pengangkutan awam – KLIA merupakan tumpuan utama, diikuti oleh KL Sentral dan seterusnya Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan.

Sekolah dan Universiti – Universiti Limkokwing, Universiti Multimedia dan SMK Cyberjaya, ketiga-tiganya terletak di Cyberjaya.

Kedai Makan – Persiaran Ceria di Cyberjaya, Jalan PJS 10/11A di Bandar Sunway serta Jalan Taman Ibu Kota.

Di luar Lembah Klang, Cyberjaya nampaknya paling banyak pengguna Uber. Apakah pula lokasi terbanyak yang anda kunjungi dengan menaiki Uber?

Jemput naik kereta UBER

Apa komen anda?