Jika Tak Mampu Beli iPhone 6, HTC One A9s Mungkin Untuk Anda

Share Button

HTC One A9s diperkenalkan semasa IFA 2016 bersama-sama saudaranya HTC Desire 10 Pro. Jika abjad “S” amat sinonim dengan Apple untuk menunjukkan telefon itu menerima suntikan turbo yang menjadikan iterasi seterusnya lebih baik, HTC melakukannya sebaliknya. Cipset Snapdragon telah disisihkan mereka untuk memberi ruang kepada Mediatek Helio P10. Lebih pelik, panel paparannya juga dituruntarafkan daripada 1080p ke 720p. Untuk telefon bersaiz 5″, bateri 2,300 mAh adalah agak kecil tetapi itu saja yang naik jika dibandingkan dengan 2,150 mAh pada HTC One A9.

161222-htc-one-a9s

Satu perkara yang harus dipuji adalah pada kualiti binaannya. Ia menggunakan materi besi sepenuhnya seperti kebanyakkan telefon-telefon HTC yang lain. Kemudian ia mempunyai cip NFC yang hanya sebilangan telefon memilikinya. Jika anda bercadang untuk menggunakan Android Pay apabila ia tiba di Malaysia kelak, anda harus memasukkan telefon ini dalam senarai timbang anda.

Pada komponen optikal, penembak utamanya memiliki sensor sebesar 13MP dengan aperture seluas 2.2. Kamera selfie pula sekuasa 5MP. Walaupun HTC One A9s hadir dalam dua varian, kita hanya menerima varian yang lebih rendah iaitu 2GB RAM & 16GB storan.

HTC memang terkenal dengan kualiti binaan telefonnya yang tinggi. Walaupun Desire 10 Pro tidak menggunakan materi besi seperti telefon premium HTC 10 mereka, gabungan plastik polikarbonat dan besi memberikan impak yang mendalam pada sesiapa yang melihatnya. Kemasan matte pada permukaan polikarbonat dengan jalinan besi di sudutnya adalah sesuatu yang unik dan jarang-jarang dilakukan oleh pengeluar yang lain.

Berbanding HTC 10 Lifestyle yang mereka lancarkan beberapa bulan yang lalu, HTC 10 Pro menerima beberapa tweak di sesetengah komponennya. Bahagian penambahbaikkan yang terkesan adalah seperti RAM & Storan yang dinaikkan kepada 4GB & 64GB. Panel paparan juga kini mempunyai resolusi 1080p.

161222-htc-desire-10-pro

Bahagian kamera, sensor 20MP F2.2 menghiasi belakang kamera ini manakala jabatan selfie menerima sensor 13MP. Yang terakhir adalah bateri yang lebih besar disediakan untuk peranti bersaiz 5.5″ ini iaitu 3,000 mAh.

Mungkin yang akan menimbulkan rasa ragu-ragu dalam kalangan pengguna adalah cip pemproses Helio P10 yang digunakan padanya. Walaupun ia tidaklah seteruk yang disangka, Mediatek sering menerima konotasi yang tak baik seperti prestasi pemproses yang kurang memuaskan.

Kedua-dua telefon akan mula dijual pada 26 Disember ini. HTC Desire 10 Pro dan HTC One A9s masing-masing berharga RM 1,699 dan RM 1,159. Layari laman web HTC Sea untuk maklumat lanjut.

161222-htc-desire-10-pro-spesifikasi

Apa komen anda?