Imbas Teknologi Tahun Ini, Terima Kasih 2016

Share Button

2016 akan berakhir esok. Tahun ini adalah tahun lompat dalam kalendar Gregorian dan tahun ke-16 dalam abad ke-21. Pelbagai suka-duka berlaku sepanjang tahun ini lebih-lebih lagi dalam bidang teknologi. Mari kita lihat sedutan menarik sepanjang tahun ini.

Januari 2016

  1. Apple Watch secara rasminya telah dijual di Malaysia dengan satu model edisi khas – baca.
  2. Aplikasi permesejan Whatsapp mula berikan perkhidmatan percuma sejak diambil alih Facebook pada nilai USD 19 billion pada Februari 2014 – baca.
  3. Satu jenama pengeluar telefon dari Perancis, Wiko, membuat penampilan sulung di Malaysia dengan tiga model telefon – baca.
  4. Bagi menyelaraskan pertumbuhan mereka di serata Asia Tenggara, MyTeksi Sdn. Bhd. telah menjenamakan semula perkhidmatan MyTeksi mereka kepada Grab – baca.
  5. U Mobile lakukan tiga perubahan pada perkhidmatan prabayar mereka pada tiga hari berlainan – baca baca baca.

Februari 2016

  1. CFM umum berjaya selesaikan 97% aduan yang mereka terima sejak setahun lepas – baca.
  2. Uber mulakan perkhidmatan kereta sewa di Ipoh – baca.

Mac 2016

  1. TM Lancar Pelan Unifi Pertama Mereka Yang Cecah Kelajuan 100Mbps – baca.

161230-rangkuman-2016-01

April 2016

  1. U Mobile jadi telco yang pertama beri data tanpa had khas untuk menonton video – baca.
  2. Bagi melambangkan skop tugasan MDEC yang semakin meluas, mereka menggunakan nama baru sempena ulang tahun mereka – baca.

Mei 2016

  1. Pebbel kembali ke Kickstarter untuk cipta sejarah baru dengan Pebble 2 – baca.
  2. U Mobile jadi yang pertama guna pakai teknologi Wi-Fi Calling tetapi hanya untuk iOS – baca.
  3. Menyedari akan kepentingan pengguna Malaysia pada operasi mereka, Facebook buka pejabat urusan di KL – baca.
  4. Huawei P9 tembusi pasaran Pasifik Selatan di acara pelancarannya di Bali – baca.

Jun 2016

  1. Telco YES 4G diperkenalkan perkhidmatan 4G LTE kepada umum – baca
  2. Singapura jadi negara Asia pertama nikmati kecanggihan Android Pay – baca.
  3. Chromecast 2 mula dijual di Malaysia melalui Lazada – baca.
  4. Jam tangan yang ada fungsi Touch ‘n Go diperkenal – baca.
  5. Gelang tangan kecergasan paling mampu milik, Mi Band 2, diperkenalkan Xiaomi – baca.
  6. TV Berteknologi Kuantum Dot pertama dipamerkan di Malaysia oleh Samsung – baca.

161230-rangkuman-2016-02

[sumber]

Julai 2016

  1. Xiaomi lancar laptop pertama untuk bersaing dengan Macbook Air – baca
  2. Flasgship HTC, HTC 10, miliki dua buah kamera dengan penstabil imej optikal – baca.
  3. Astro naikkan harga langganan pek sukan sebulan sebelum acara Olimpik Rio 2016 – baca.

Ogos 2016

  1. Android 7.0 Nougat mula disebarkan pada peranti Nexus yang berkenaan – baca.
  2. TM lancar telco terbaru yang bernama Webe – baca.
  3. Kerajaan Malaysia isytihar Uber dan Grabcar sebagai sah di sisi undang-undang – baca.
  4. Seorang rakyat Malaysia jadi antara finalis Global Google Sains Fair 2016 – baca.
  5. MDEC umum akan ajar subjek pengekodan di sekolah bermula 2017 – baca.
  6. Pokemon GO mula boleh dimainkan secara rasmi di Malaysia – baca.

September 2016

  1. MDEC lancar festival tahunan MyCyberSale yang lebih gah berbanding edisi sebelumnya – baca.
  2. Penduduk Sarawak boleh nikmati perkhidmatan teksi Uber – baca.
  3. Syarikat penerbangan larang penggunaan Samsung Galaxy Note7 – baca.
  4. Sony umumkan PS4 Pro yang boleh mainkan game pada resolusi 4K – baca.

161230-rangkuman-2016-03

Oktober 2016

  1. Lenovo perkenalkan Moto Z bersama-sama lima Moto Mods di Malaysia – baca.
  2. Digi jadi telco kedua aktifkan teknologi VoLTE dalam perkhidmatan mereka selepas Yes 4G – baca.
  3. Pembentangan Belanjawan 2017 beri penekanan pada kualiti perkhidmatan jalur lebar Malaysia – baca.
  4. Konsol game generasi baru daripada Nintendo, Nintendo Switch, diumumkan secara rasmi – baca.
  5. Pakar dalam industri audio, THX, diambil alih Razer – baca.
  6. Animasi komedi Simpson bawa kelainan untuk episode mereka yang ke-600 – baca. Simpson ditayangkan untuk episode ke-600 – baca.
  7. Samsung Mula Hasilkan cip generasi baru yang lebih berkuasa – baca.
  8. Kes Samsung Galaxy Note7 terbakar pertama kali dilaporkan di Malaysia – baca.
  9. DJI Mavic Pro terjah langit Malaysia – baca.
  10. Samsung Galaxy Note7 berhenti dijual di seluruh dunia – baca.
  11. GoPro perkenalkan kamera Hero 5 bersama dron Karma – baca.

November 2016

  1. Selepas Video Onz, U Mobile perkenal pula Music Onz – baca.
  2. Samsung ambil alih HARMAN, syarikat audio professional dunia pada nilai USD 8 billion – baca.
  3. Fenomena Supermoon yang unik berlaku – baca.
  4. Belum sempat terbang, GoPro panggil semula Karma atas sebab teknikal – baca.
  5. TIME labur dalam kabel dasar laut terpantas Asia – baca.
  6. Webe buka pendaftaran untuk semua walaupun anda tiada langganan Unifi atau Streamyx – baca.

Disember 2016

  1. Pengguna Malaysia boleh mula tonton Amazon Prime Video – baca.
  2. Blackberry tidak lagi menghasilkan telefon – baca.
  3. MRT Fasa 1 dilancarkan dan kami mencubanya – baca.
  4. Pebble terkubur selepas diambil alih Fitbit – baca.
  5. Bluetooth 5 diperkenal untuk pacu pembangunan IoT – baca.
  6. Canon EOS M5 diperkenal, kamera pertama Canon yang miliki EVF – baca.
  7. Telefon dengan projek tanggo pertama di Malaysia dilancarkan oleh Lenovo – baca.
  8. MDEC umum sekolah keselamatan siber pertama Asia Pasifik – baca.

161230-rangkuman-2016-04

Apa komen anda?