Imbas kembali video YouTube paling trending di Malaysia sepanjang 2016

Share Button

Pasti tahun 2016 meninggalkan banyak kenangan buat anda, apatah lagi jika ia dirakam dalam bentuk video dan dimuat naik ke laman sosial ataupun YouTube. Tetapi tahukah anda, video apakah yang menjadi viral dan paling banyak ditonton rakyat Malaysia tahun ini?

Google Malaysia berkongsi statistik dan data tentang video YouTube paling trending di Malaysia untuk tahun 2016. Ia sedikit sebanyak memberi pencerahan tentang impak kepada rakyat Malaysia, tentang perkara yang paling mempengaruhi mereka.

Hiburan kanak-kanak dilihat memberi impak paling besar tahun ini, apabila Didi & Friends melalui video Lagu Kanak-Kanak – Rama-Rama, menduduki carta teratas video trending 2016. Ini diikuti oleh episod terakhir musim ketiga BoBoiBoy oleh Monsta. Tempat ketiga pula merupakan video parodi filem Train to Busan oleh Kyopropaganda.

youtube-rewind-2016-video-trending-malaysia

Apa yang menarik dalam video trending YouTube di Malaysia tahun ini adalah, 8 dari 10 video teratas merupakan hasil dari bakat tempatan. Ini membuktikan hasil tenaga tempatan mampu menghasilkan video yang berkualiti dan memenuhi citarasa warga Malaysia.

Bagi carta video muzik pula, Aiman Tino berjaya mendahului artis antarabangsa serta artis Kpop lain, menerusi lagu Ku Rela Dibenci yang ditulis oleh bapanya, Yusri Ishak. Ini diikuti oleh seorang lagi kumpulan artis tempatan, Projector Band dengan lagu Sudah Ku Tahu.

Artis lain yang menduduki 10 tangga teratas video muzik trending di YouTube adalah seperti The Chainsmokers, Gamma1, DNCE, Galantis, Jennifer LopezMaroon 5 serta artis-artis K-Pop iaitu Jessica dan BTS.

Di bawah ini, adalah senarai penuh video trending di YouTube sepanjang tahun 2016, yang ditonton oleh penduduk Malaysia serta senarai tontonan global. Saksikan lebih banyak video berkaitan di laman YouTube Rewind 2016.

Top Trending Video di YouTube Malaysia 2016

  1. Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends
  2. TERBARU! Musim 3 – Episod TERAKHIR: Jumpa Lagi BoBoiBoy. (with ENGLISH SUBTITLES)
  3. TRAIN TOO ‘BOSAN’ Trailer (Parody of ‘Train to Busan’ Trailer)
  4. Spicy Korean Noodle Challenge | Asyalliee
  5. [Namewee Tokok] 057 Tattoo Artist 紋身 10-01-2016
  6. Maharaja Lawak Mega 2016 – Akhir (Bocey) Muzikal
  7. Faiz Subri insane knuckleball free kick Penang 4-1 Pahang FC
  8. Pokemon GO In REAL LIFE
  9. 当学校开学的时候
  10. Like, DM, Unfollow: Malaysian Beauties

Top Trending Video Muzik di YouTube Malaysia 2016

  1. Aiman Tino – Ku Rela Dibenci (Official Music Video with Lyric)
  2. Projector Band – Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)
  3. The Chainsmokers – Closer (Lyric) ft. Halsey
  4. Gamma1 – Jomblo Happy | Official Video Clip
  5. DNCE – Toothbrush (Official Video)
  6. JESSICA (제시카) (Feat. Fabolous) – FLY Official Music Video
  7. 방탄소년단 ‘Save ME’ MV
  8. Galantis – No Money (Official Video)
  9. Jennifer Lopez – Ain’t Your Mama
  10. Maroon 5 – Don’t Wanna Know

Top Trending Video di YouTube Global 2016

  1. Adele Carpool Karaoke
  2. Pen-Pineapple-Apple-Pen/PIKO-TARO
  3. What’s inside a Rattlesnake Rattle?
  4. Nike Football Presents: The Switch ft. Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Anthony Martial & More
  5. Grace VanderWaal: 12-Year-Old Ukulele Player Gets Golden Buzzer – America’s Got Talent 2016
  6. Water Bottle Flip Edition | Dude Perfect
  7. Channing Tatum & Beyonce’s “Run The World (Girls)” vs. Jenna Dewan-Tatum’s “Pony” | Lip Sync Battle
  8. Donald Trump: Last Week Tonight with John Oliver (HBO)
  9. THE $21,000 FIRST CLASS AIRPLANE SEAT
  10. Brothers Convince Little Sister of Zombie Apocalypse

Top Trending Video Muzik di YouTube Global 2016

  1. Fifth Harmony – Work from Home ft. Ty Dolla $ign
  2. Calvin Harris – This Is What You Came For (Official Video) ft. Rihanna
  3. Hasta el Amanecer – Nicky Jam | Video Oficial
  4. The Chainsmokers – Closer (Lyric) ft. Halsey
  5. Rihanna – Work (Explicit) ft. Drake
  6. Mike Posner – I Took A Pill In Ibiza (Seeb Remix) (Explicit)
  7. Sia – Cheap Thrills (Lyric Video) ft. Sean Paul
  8. ZAYN – PILLOWTALK
  9. Coldplay – Hymn For The Weekend (Official video)
  10. twenty one pilots: Heathens (from Suicide Squad: The Album) [OFFICIAL VIDEO]

Apa komen anda?