Galaxy A (2017) kalis air dan debu

Share Button

Samsung nampaknya akan menjadi yang pertama mewarnai tahun baru 2017 apabila mengumumkan mereka kini bersedia untuk melancarkan telefon pintar baru seawal 5 Januari 2017. Ini berikutan satu jemputan dari Samsung Malaysia ke majlis pelancaran Galaxy A 2017.

Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 5 Januari 2017, menampilkan versi serba baru bagi Galaxy siri-A, telefon pintar kelas pertengahan dari Samsung. Berkemungkinan, Samsung akan melancarkan tiga model baru Galaxy A ini iaitu Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7. Malah, Malaysia dilihat akan menjadi negara yang pertama melancarkan model terbaru Galaxy A ini.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi di peringkat antarabangsa, beberapa gambar Samsung Galaxy A yang baru ini telah tersebar di internet. Melihatkan rupanya, ia tidak banyak berbeza dengan model 2016, dengan badan besi serta rekaan ikonik Galaxy bersama butang fizikal Home di bawah skrin.

Satu perkara yang tampak berbeza adalah kedudukan pembesar suara, yang diletakkan di sisi kanan telefon. Ia sama seperti yang terdapat pada Galaxy J7 Prime. Gambaran yang tersebar ini memperlihatkan Galaxy A3 dan A5, dalam tiga warna iaitu Hitam, Emas dan Biru.

galaxy-a3-2017-winfuture-sisi-emas-biru

Dari segi spesifikasi, Galaxy A3 (2017) dikatakan akan hadir dengan skrin 4.7-inci HD, bersama pemproses Exynos 7870, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Kameranya pula 13MP di belakang dan 8MP di depan.

Untuk Galaxy A5 (2017), ia memiliki skrin lebih besar 5.2-inci HD Penuh dan diperkasa pemproses Exynos 7880, 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Kameranya juga lebih berkuasa dengan lensa 16MP di belakang dan di depan.

jemputan-samsung-malaysia-pelancaran-galaxy-a-2017

Dari kad jemputan Samsung Malaysia, ia memperlihatkan percikan air di atas gambar. Ia mungkin menandakan Galaxy A yang baru ini akan tampil bersama pengiktirafan IP68, kalis air dan debu.

Nantikan laporan lanjut kami berkenaan harga dan tarikh jualannya di majlis pelancaran Galaxy A (2017) pada 5 Januari kelak.

galaxy-a3-2017-winfuture-depan-belakang-hitam

[SUMBER: WinFuture, SamMobile]

Trackbacks

  1. […] siri-A terbaru akan dilancarkan di Malaysia pada Khamis ini. Hari ini, spesifikasi penuh model terbaru dari siri-A ini diumumkan oleh Samsung […]

  2. […] Malaysia kini dalam gear penuh untuk melancarkan telefon pintar Galaxy A (2017), sebaik sahaja tahun baru 2017 menjelma. Beberapa petunjuk telah dipaparkan sementara menanti […]

  3. […] Sebelum ini, TheSkop sudah menggambarkan kemungkinan model-model Samsung Galaxy A (2017) yang bakal dilancarkan pada 5 Januari depan (rujuk di sini). […]

Apa komen anda?