Fitbit Dilapor Ingin Mendapatkan Pebble

Share Button

Siapa sangka syarikat yang pernah menggegarkan dunia produk boleh pakai dengan jam tangan terhangat kini dibelengu hutang dan hanya dengan pengambilalihan ia boleh keluar daripada masalah itu. Fitbit, syarikat pengeluar produk penjejak kesihatan, kini dilaporkan ingin membeli Pebble.

Ia bukanlah kali pertama Pebble cuba diambil alih. Pada 2015, Citizen cuba membeli Pebble pada $740 juta. Intel juga pernah menawarkan $70 juta sekitar pelancaran Pebble 2, semua tawaran itu ditolak oleh Pebble.

Pebble Technology Corporation mencatatkan rekod paling banyak mengumpulkan dana di Kickstarter dengan mengumpul $10.3 juta antara bulan April hingga Mei 2012 untuk menghasilkann Pebble. Kemudian, mereka sekali lagi memecahkan rekod apabila mengumpul $20.3 juta di Kickstartar untuk pendanaan Pebble Time dan Pebble Time Steel.

Pebble sangat popular dalam kalangan jam tangan pintar kerana pengguna e-paper sebagai paparannya. Walaupun bateri pada Pebble pertama cuma 130 mAh, paparan monokromnya berjaya memberikan masa penggunaan sehingga seminggu lamanya.

Dalam hal yang berkaitan, Fitbit juga menghadapi cabaran mereka tersendiri. Mereka dilihat cuba untuk mengembalikan zaman kegemilangannya. Saham mereka pernah didagangkan menghampiri $50 sesaham. Tetapi kini ia cuma bernilai sedikit melebihi para $8 sesaham.

[sumber]

Trackbacks

  1. […] sejarahnya, kini telah sah berkubur. Mati. Tamat. Ia berikutan pengambilalihan oleh Fitbit yang baru sahaja diumumkan. Selepas itu, Pebble diumumkan akan ditutup […]

Apa komen anda?