Digi Perkenal Pas Internet “Tanpa Had” Serendah Seringgit

Share Button

Semalam, Digi mengemas kini pelan pascabayar mereka apabila menaik taraf perkhidmatan penstriman multimedia kepada tanpa had pada hujung minggu, walhal masih terdapat kuota yang dikenakan iaitu 100GB. Hari ini, Digi sekali lagi melakukan tindakan yang sama, kali ini pada pelan prabayar mereka. Digi memperkenalkan pas Daily Unlimited yang menyediakan kuota “tanpa had” sama ada untuk menstrim, ber-Facebok, bermesej, ataupun melakukan panggilan suara.

151207-digi-prepaid-daily-pass

Tiga pelan harian sediakan kuota internet yang banyak

Tiga pelan harian diperkenalkan iaitu pelan RM1, RM3, dan RM8 yang mempunyai kelebihan masing-masing. Pelan RM1 membolehkan pelanggan memilih sama ada untuk menonton video, ber-Facebook ataupun bermesej “tanpa had”. Pelan RM3 pula menyediakan kuota Internet dan panggilan suara “tanpa had” dalam rangkaian Digi. Akhir sekali, pelan RM8 memberikan kuota Internet berkelajuan tinggi dan panggilan suara ke semua rangkaian.

Untuk kuota tanpa had Internet, panggilan, sosial, dan video, walaupun diiklankan sebagai tanpa had, hanya 10 GB data dan 1000 minit diberikan. Ia dimaklumkan diputuskan hasil kajian penggunaan data dalam kalangan pengguna.

Tetapi, menggunakan terma “Unlimited” dalam pengiklanan agak tidak beretika dan boleh mengelirukan pengguna. Bukan sekadar pascabayar dan prabayar, prabayar Broadband mereka juga telah dinaik taraf untuk memberikan lebih kuota.

Jika anda berminat untuk mencuba pas harian ini anda boleh menggunakan salah satu kod USSD berikut:

  • Gunakan kod USSD *116*2*1# untuk melanggan Unlimited Video – Lite
  • Gunakan kod USSD *116*2*2# untuk melanggan Unlimited Social – Lite
  • Gunakan kod USSD *116*2*3# untuk melanggan Unlimited Internet Calls
  • Gunakan kod USSD *116*2*5# untuk melanggan Unlimited Internet – Lite
  • Gunakan kod USSD *128*2*# untuk melanggan Unlimited Calls (Digi-Digi)
  • Gunakan kod USSD *116*2*1# untuk melanggan Unlimited High Speed Internet *116*2*4#
  • Gunakan kod USSD *128*1*# untuk melanggan Unlimited Calls (Digi-Digi)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman produk.

Apa komen anda?