Celcom Tawar Pakej Perayauan Tanpa Had RM18 Sehari Ke Negara ASEAN

Share Button

Celcom hari ini mengemas kini perkhidmatan perayauan mereka apabila memperkenalkan Celcom Passport. Sebanyak tiga pelan disediakan untuk memenuhi keperluan pengembara sekalian. Sebelum ini, pelan perayauan Celcom dikenali sebagai Celcom Wonderoam yang menawarkan pelan yang hampir serupa.

161206-celcom-roaming-passport-7day-3in1

Tiga pelan perayauan Celcom Passport yang baru diperkenalkan

Pelan yang pertama adalah 1-Day Calls & SMS pada MYR18 sehari. Pelan ini meliputi semua negara ASEAN kecuali Vietnam. Melaluinya, pengguna boleh membuat panggilan atau SMS, tempatan ataupun ke Malaysia tanpa had. Walau bagaimanapun tiada data Internet disediakan.

Pelan 1-Day Internet pula memberikan quota Internet sekurang-kurangnya 50MB ataupun tanpa had di sesetengah negara pada harga MYR38 sehari. Negara yang menerima kuota Internet tanpa had mealui pelan ini adalah China, Singapura, India, Indonesia, Hong Kong, Macau, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Taiwan, Kemboja, Jepun. Ia boleh digunakan di lebih 160 negara di seluruh dunia. Tetapi, tiada perkhidmatan panggilan atau SMS diberikan kepada pelanggan.

Pelan terakhir adalah 7-Day 3-in-1. Pelan ini meliputi 30 negara di seluruh dunia yang memberikan khidmat panggilan tempatan dan pulan ke Malaysia tanpa had beserta kuota Internet sebanyak 3GB yang sah sehingga 7 hari. Pelan ini hanya boleh dilanggan menggunakan pelan Celcom First Gold dan First Platinum sahaja..

Untuk melanggan, anda boleh menggunakan kod USSD *118# dan memilih Select Roaming & IDD kemudian Buy Roaming Pass. Pilih pelan perayauan yang berkenaan. Pelan 1-day Internet Pass pula diaktifkan secara automatik jika anda tidak melanggan mana-mana pelan perayauan sejurus anda dihubungkan dengan rakan penyedia perkhidmatan selular di luar negara.

Layari laman produk untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?