Celcom lancar pelan Xpax paling mudah, No Kelentong

Share Button

Memilih prabayar terbaik agak sukar, kerana pelbagai terma & syarat yang dikenakan. Mendengar keluhan pengguna yang mahukan sesuatu yang lebih mudah, Celcom menerusi kempen #nokelentong melancarkan pelan prabayar Xpax serba baru.

Pelan Xpax yang baru ini tiada lagi data dipecahkan, hanya satu kuota diberi iaitu kuota data internet. Tidak lagi perlu pening mengira kuota data 4G, atau YouTube atau Facebook atau di hujung minggu. Hanya ada satu kuota data internet untuk semua.

celcom-xpax-nokelentong-pelan-harian-mingguan-dan-bulanan

Pelan Xpax baru kini dimudahkan dengan pelan harian RM3 (1GB), pelan mingguan RM10 (2GB) dan pelan bulanan RM30 (5GB) serta RM50 (10GB). Malah, semua pelan ini boleh menikmati strim muzik percuma tanpa had menerusi Yonder Music.

Bukan ini sahaja, Xpax turut menyediakan pelan tambahan yang mudah dari serendah RM1. Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan panggilan tanpa had, internet burung hantu atau data khas YouTube.

celcom-xpax-nokelentong-pelan-tambahan-panggilan-burung-hantu-youtube

Pelan baru Xpax ini boleh didapati menerusi pek permulaan baru Xpax berharga RM10, yang disertakan RM6 kredit dan 200MB internet berkelajuan pantas yang boleh digunakan dalam 7 hari. Pek ini disertakan dengan 10GB data asas (64kbps) serta 10GB data Facebook setiap bulan, hanya pastikan talian kekal aktif. Tiada panggilan dan SMS disertakan dalam pek permulaan ini.

celcom-xpax-nokelentong-perbandingan-pek-pemrulaan

Tiada lagi internet burung hantu percuma, tetapi boleh dilanggan untuk RM1 bagi 1GB sehari, atau RM7 untuk 10GB selama 7 hari. Lebih baik dari 333MB percuma setiap hari sebelum ini?

Rakyat Malaysia kini boleh melihat kempen #NoKelentong secara fizikal dan digital di seluruh Malaysia. Pek permulaan ini boleh didapati di semua negara sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.xpax.com.my.

celcom-xpax-nokelentong-tarian-xpax

Comments

  1. zulhilmx

    Duduk kawasan pencawang baru nak pacak, duk borak celcom kelentong. Bodoh tu simpan sikit. Lagi satu, cari lah inisiatif kawasan kau tu telco mana dah pacak pencawang. Barulah laju. Aku pakai celcom elok je dah nak dekat 10 tahun. Dok gelabah kata celcom tak berbaloi. Lagipun celcom ni syarikat melayu berbanding telco lain

  2. Diemie

    Salah faham biasa utk basic internet tu. 10gb dgr mcm best tp speed 64kbps jer. Ok utk org2 yg x faham istilah ni, 64kbps ni sgt la slow. Kita skr ni internet dah main mbps bukan kbps dah. Unifi biasa standard peak time 3mbps tu pun dah rasa slow.

    Utk pengguna 4g, klu time dapat speed terbaik tu, boleh cecah 20-50mbps. Ni memang tahap download app terus siap la. Apa beza kb dgn mb? 1mb bersamaan 1000kb ok. So agak2 berapa beza kat sini, pandai2 la wat math kat cni.

    So basic ni maksudnya, korg boleh access internet tanpa bayaran tambahan, cuma speed tu lembab la. So kena la langgan lagi pelan2 internet yg dia tulis tu. Agak2 berbaloi ker tak, sendiri tafsir.

  3. Line depends kat location lah .. aq pakai celc om nasib ok je tmpt aq .. tapi kalau digi/maxis ada masa biol .. sama jugak celcom .. pergi kawasan ceruk sikit xbyk menara haa amek kau xleh gerak lgsg tapi lain mcm maxis digi ok plk kt situ .. conclusion dia kt dia kan .. betul ckp member atas tu .. kalau nk laju sgt kan , buatlah rumah kt sblh menara telcom .. confirm laju mengalahkan siput ..

  4. kadir

    No Kelentong konon..data mmg besar, tp line mcm siput lembab..bgs lg maxis..menyesal beli xpax nie..celcm mmg haram jadah..jom ramai2 boikot celcom celaka nie…

  5. Ady

    Macam hampeh je line celcom kat subang perdana…nyesal aku beli prepaid rm10 n top up tenet rm30 konon nk layan tenet free no kelentong…melayang rm40…nasib aku test dulu sblm tukar no lama ke line celcom hahaha…klu x…mmg meroyan lh aku sorang2 kat umah xde tenet…mmg kena kelentong aku dgn celcom ni…pakai digi ngan u mobile lg bagus…line pun laju dimana2 ada line tenet…

  6. RASLAN

    Maxis bagi happy hour 1gb tapi boleh claim Dari 7am sampai 7pm je. Hari hari kerja bila masa nak layan happy hour. Burn camtu jelah. Masa mlm Bari ada masa nak layan. Free happy hour pun tak guna kalau siang hari sentiasa busy

  7. Kutai

    Dulu masa mula2 beli pex cipek burung hantu bg unlimited brung hantu 1 pg smpai ke 7 pg..lps tu takat sikit..lps tu buat plan mcm2 tp smakin takat intrnet mcm jubor itik.tunggu masa aku call celcom centre nak maki hamun..pelanggan yg bg duit ke celcom sbb guna prkhidmatan celcom bana tp prkhidmatan mcm sampah..tokey celcom tidur ats duit la 24jam duit msuk..
    TOLONG PERBAIKI MUTU PERKHIDMATAN CELCOM NI JGN NK WAYANG LEBEY IKLAN MCM2 MNGALAHKAN SUPERMAN ANGKAT BANGUNAN PLAK..

  8. ok je guna celcom… better dr umobile… maybe tempat korang tu signal low kot. if rasa celcom slow, cari le telco yg laju kat tempat korang or nak laju sgt wat je rumah sebelah anttena telco ok.. hahahaha. for me celcom ok superb fast!!!!

  9. dixie

    Saya pengguna maxis selama 9 tahun. Saya terfikir nak bertukar ke celcom. Tapi rasanya ramai yg feedback negatif utk sim ni. Aiyoo tak jadi la nak tukar.

  10. Celcomtahi

    Telco apa yg bagus kat malaysia nie? Smua line macam haramjadah lagi . Bayar mahal line lagi slow plak,tambah2 celcom nie.. malam pukul 8pm-12pm line pon tkde

  11. Wanns

    Macam bodoh jer plan celcom ni.. koje nak menipu jer..pbodohkan org rmai..hari ni plan mcm ni, esok2 tukar plk plan..semua sama jer

  12. Annoyed customer

    Ch*i punya line slow gila. Dah la line tak stabil. Kejap 3g kejap h+. No kelentong lah sangat tapi line lebih c***i dari plan lama. Sial punya celcom, malu dengan negara jiran line lebih laju. Teruk betul internet di malaysia. Kata nak jadi negara siber maju. Maju palak hotak kau.

    • Kutai

      Celcom makin lama makin pelik mcm makhluk asing plak..dlu pandai pancing pelanggan bg unlimited intrnet brung hantu..lepas gamak nye celcom da kaya dan bodoh takat plak intrnet mcm sampah..tggu masa la aku call celcom centre nak maki hamun bagi bg sedar skit..kita yg bg celcom duit bkn celcom yg bg kita duit..iklan mngalahkan superman angkat bangunan..kalau da tak boleh niaga baik brambos kluar dri malaysia la..jgn nk malukan mlaysia yg sedang parah ni..

  13. Izhar

    Free basic celcom boleh online game ke cth coc, sb free basic Internet maxis bole buka on9 game tak spt digi free basic tak boleh jalan on9 game…

  14. jalak

    Dah guna dulu..tau lah kauta free…tapi slow nk mampueh.3g pun jarang naik. Bukan pula 4g hehe, lgi pon plan dia suka brubah.bla dh rsa rugi yg 10 gb jdi 5gb. Mcm maxis….

  15. Omnia

    kata no kelentong!!! Makna nya pernah buat kelentong lah sebelum ni.Dah cuba pakai tapi haram sedih line nye. Menyesal gila langgan celcom ni.. Kita dah beralih kat maxis . Line macam jet je kalau 1am hingga 7 am,Siang pon laju jugak . Kalau online gaming laggan je 1 gb RM5.00, pon x habis pakai.ni baru namanya no kelentong ,thanks for maxis

  16. aiman temerloh

    pada fahaman aku. sim #noKelentong ni dah takde internet burung hantu percuma.kalau nak bayar langgan dulu. internet asas 64kbps #no kelentong pun dah ada quota, berbanding sebelum n guna la internet asas lama mana pun kan, mana ada quota.

  17. azam

    Slow nk mampus, x guna gak koata free bebanyak kelangit pon kalu asyik.duk nunggu mcm nak gile terutama area luar bandar. Tukar je aman

    • Alya

      bkn saja 1 minggu, jika awak keep active then you can get 10gb fb and 10gb basic internet for free, late night internet blh subcribe bile2

      • Fateh

        tapi hanya 64kbps je. bapak slow nya. Nak tanya 1 lg, kenapa sim yg sekarang ni (magic sim & X2 sim), tp bila buat *118# keluar plan yg #nokelentong ni? Ataupun saya boleh guna #nokelentong? Kalau guna, dapat basic internet percum tak?

        • Fattah

          Benda free weh. Hahahahahah. Cukup lah boleh buat untuk whatsapp and surfing internet sikit sikit. Dari takde free. Ye dak? Internet burung hantu still ada kan, cuma dia tukar nama jadi internet lewat malam jee. Fungsi still same untuk orang yang suka berjaga malam.

        • Al Hakim

          Skrg IBH masih utk pengguna lama, tapi yg baru2 subcribe Xpax hanya de nokelentong plan shj…spt fattah kata, tukar nama dah

          • Fattah

            yup. yang baru je kena add on internet lewat malam. kalau user xpax turbo nak rasa plan baru boleh lah migrate. ada banyak gak pilihan add on dia kan. boleh pilih nak guna utk apa. then subscribe je la. hohohoho

  18. diana

    Tiada lagi internet burung hantu percuma, tetapi boleh layari internet pagi, petang dan malam, lebih syok, tak perlu berjaga sehingga lewat malam utk guna internet free.

Trackbacks

  1. […] pelancaran prabayar Xpax yang baru, Celcom turut mengumumkan data tambahan yang boleh dilanggan secara harian dan mingguan. […]

  2. […] Mobile nampaknya tidak mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada kempen #NoKelentong Xpax apabila mengumumkan semua pelan data UMI, digandakan datanya sehingga 3x. Bukan itu sahaja, pelan […]

Apa komen anda?