Bertransaksi Di iTunes Dengan RM Sekarang

Share Button

Kini, pengguna iTunes boleh melakukan transaksi di gedung iTunes menggunakan matawang Ringgit Malaysia (RM). Bersempena pengumuman tersebut, pihak Apple ada melancarkan promosi “Treat Yourself” sehingga 22 Disember, bagi memudahkan anda mencuba transaksi pembelian dalam RM. Produk daripada apps hinggalah ke muzik dan wayang gambar ditawarkan dalam matawang RM.

Contohnya, dua permainan hasil tangan anak tempatan dijual pada potongan harga yang menarik. Super SteampPuff adalah satu permainan aksi menembak yang boleh dimainkan dalam mod rangkaian setempat (LAN). Permainan ini dijual pada harga RM3.90. Tiny Guardians pula adalah permainan yang mengisahkan pengembaraan Lunalie mencari mak ciknya, Sorceress. Kedua-dua permaintan itu dijual pada harga RM3.90.

apple-itunes-games-featured

Antara permainan lain yang turut menyertai promosi ini adalah Monument Valley (RM 7.90), Lifeline: Crisis Line (RM 3.90), Wizard and Wagons (RM 7.90), Disney’s Duck Tales: Remastered (RM3.90), dan Disney’s Castle of Illusion (RM 3.90).

Wayang gambar juga boleh dibeli daripada iTunes pada harga RM29.90. Anda boleh menikmati filem pecah panggung dalam resolusi HD seperti Deadpool, Independence Day: Resurgence, Kung Fu Panda 3, The Martian, Batman vs Superman, dan banyak lagi.

apple-itunes-movies-bawah-rm30

Apple Music, perkhidmatan strim muzik yang sama seperti Spotify pula ditawarkan dalam bentuk langganan sebulan pada harga RM14.90 untuk langganan individu atau RM22.90 untuk langganan berkeluarga. Lima lagu yang terhangat dalam carta Apple Music Malaysia masa ini adalah:

  1. Jay Chou – Secret
  2. Eric Chou – How Have You Been?
  3. Altimet – Amboi
  4. Faizal Tahir – Adrenalin
  5. Ariana Grande – Dangerous Woman

Bukan saja anda boleh membeli, anda juga boleh menghadiahi kenalan dengan produk-produk digital Apple sebagai “hadiah digital”.

apple-itunes-music-treat-yourself-2

Apa komen anda?