Bagaimana Nak Taip Whatsapp Tanpa Guna Jari?

Share Button

Teknologi pengecaman suara daripada Google berkembang amat pesat. Apabila pertama kali diintegrasikan pada enjin carian Google pada 2011, ia menjadi satu alat yang amat berguna untuk memudahkan pengguna membuat carian tanpa perlu menaip. Tetapi, kemajuan Pemerosesan Bahasa Semula Jadi (Natural Language Processing) setakat hari ini membolehkan ia melakukan perkara yang amat mengagumkan. Kini, anda boleh menaip tanpa menggunakan jari, tetapi menggunakan suara, melalui Google Voice Typing.

Banyak manfaat yang boleh kita nikmati apabila menggunakan fungsi pengaktifan suara seperti Google Voice Typing ini. Cuba bayangkan tangan anda memegang stereng semasa memandu, tiba-tiba satu mesej penting masuk dan ia perlu dijawab secepat mungkin. Dengan meminimumkan keperluan untuk mengendalikan telefon menggunakan tangan, anda bolehlah memfokuskan terhadap pemanduan tetapi pada masa yang sama, membalas mesej tersebut menggunakan suara.

Cara-cara mengaktifkan Google Voice Typing sangatlah mudah. Rukuni langkah-langkah berikut:

1. Aktifkan Google Voice Typing

Anda bleh berbuat demikian di Setting>Language & Input>Current Keyboard>Choose Keyboards.

161219-google-voice-typing-03

2. Aktifkan Bahasa Yang Diingini

Kembali ke Language & Input dan buka tetapan Google Voice Typing. Jika anda menetapkan bahasa Melayu sebagai “default primary”, sistem Google menjadi lebih peka dan memberi prioriti kepada bahasa Melayu semasa mentranskripsi suara anda.

161219-google-voice-typing-02

3. Mula gunakan Google Voice Typing

Cari ikon mikrofon pada penjuru sebelah kanan keyboard anda.

161219-google-voice-typing-01

Sepanjang menggunakan Google Voice Typing, ia amat cemerleng dalam membantu menaip mesej di Whatsapp. Walaupun kita memberi input dalam bahasa Melayu, ia tiada masalah untuk menterjemahkan suara pengguna. Kita biasanya membunyikan huruf “A” pada kebanyakkan perkataan dengan bunyi “E” seperti “kitə”, “bank negarə”, dan sebagainya.  Google Voice Typing tiada masalah untuk memperbetulkannya dan menaip dalam ejaan standard.

Pengecaman bahasa Inggerisnya memang cemerlang, walaupun kita bukan penutur ruji bahasa tersebut. Ia masih berjaya menangkap perkataan tertentu walaupun kita tergagap-gagap. Tetapi dalam bahasa Melayu pula, ia masih belum berapa cekap. Mungkin belum banyak input yang diterima oleh Google Neural Network yang bertanggungjawab memproses bahasa berbanding data yang diterima daripada penutur bahasa Inggeris.

Balas mesej WhatsApp tanpa menaipNak menaip di telefon pintar sekarang tak semestinya guna jari. Guna cara ni pun senang, Bahasa Melayu pun boleh!

Lebih info di: http://theskop.com/2016/12/bagaimana-nak-taip-whatsapp-tanpa-guna-jari/

Posted by TheSkop on Monday, December 19, 2016

Tetapi Google Voice Typing ada had-hadnya yang tersendiri seperti:

  1. Masih belum cekap mengenal diksi. Anda perlu menggunakan bahasa standard untuk ia memahami anda. Slanga ataupun logat tempatan akan menyukarkan pengecaman.
  2. Tidak sesuai digunakan untuk hasilkan teks berformat. Walaupun ia mampu mengecam apabila pengguna menyuruhnya meletakkan tanda baca seperti koma, noktah, dan sebagainya, ia sering tersalah erti dan terus mengeja tanda baca itu. Malahan, fungsi tanda tidak disokong dalam bahasa Melayu.
  3. Ia tidak mengenal kata nama khas. Jika anda perlukan sesuatu perkataan itu dimulakan dengan huruf besar, anda perlu menggunakan editor tradisional.
  4. Sokongan diluar talian hanya menyokong bahasa Indonesia sebagai bahasa yang terhampir dengan rumpun kita. Maka, untuk menggunakan Google Voice Typing dalam bahasa Melayu, anda perlu berhubung dengan Internet.

Tetapi, untuk kegunaan ringkas seperti membalas mesej Whatsapp, Google Voice Typing memang beroperasi dengan jayanya. Selain telefon, anda juga boleh menggunakan Google Voice Typing di komputer. Anda cuma perlu pastikan komputer anda mempunyai mikrofon untuk tujuan tersebut.

Apa komen anda?