AVAR 2016 membincangkan, Anti-virus sudah mati?

Share Button

Persatuan Penyelidik Anti Virus Asia atau AVAR, lahir pada tahun 1998 untuk membentuk kerjasama pakar penyelidik perisian yang merbahaya dan menghalangnya dari merebak. Ia adalah badan organisasi tidak berasaskan keuntungan yang berpusat di Asia Pasifik.

Setiap tahun, AVAR akan mengadakan persidangan antarabangsa bagi membincangkan perkembangan dan halatuju tugasan mereka. Tahun ini, Kuala Lumpur telah dipilih menjadi tuan rumah persidangan AVAR 2016, yang dikendalikan oleh F-Secure, pakar keselamatan siber yang berasal dari Finland.

persidangan-antarabangsa-avar-2016-barisan-penceramah-utama

Persidangan Antarabangsa AVAR 2016 yang berjalan dari 30 November sehingga 2 Disember 2016, turut disokong oleh Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC), serta agensi keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia. Tahun ini, ia membawakan tema ‘Adakah Anti Virus Sudah Mati?’ (Is AV dead?) membincangkan tentang adakah anti-virus adalah perkara yang telah lepas, ataupun masih lagi penting dan diperlukan dunia masakini.

Antara penceramah utama dalam persidangan kali ini adalah Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure, Mikko Hypponen. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang keselamatan siber selama lebih dari 20 tahun, memegang beberapa paten penciptaan serta sering berperang dengan pelbagai ancaman virus dalam talian.

persidangan-antarabangsa-avar-2016-mikko-hypponen-f-secureKetua Pegawai Penyelidik F-Secure, Mikko Hypponen

Menurut Mikko, cabaran Malware ada di mana-mana tetapi kita berdepan masalah yang kompleks, bukan sahaja dari segi pembangunan keselamatan tetapi pelaksanaan. Cabaran yang lebih besar adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna.

Sebelum ini, sasaran jenayah siber lebih tertumpu kepada perniagaan di Eropah dan Amerika, tetapi kini ia telah merebak ke Asia dan rantau lain dan terus berkembang untuk menyerang dalam pelbagai bentuk. Lebih-lebih lagi dalam dunia digital tanpa sempadan, tambah Mikko.

Penganjur AVAR 2016, F-Secure telah memainkan peranan penting dalam membentuk keselamatan siber hari ini. F-Secure telah berdepan pelbagai bentuk serangan dari semudah barisan kod berniat jahat sehingga konflik geopolitik seperti di dalam kes NanHaiShu. F-Secure juga terus aktif menentang jenayah siber di awan, membantu syarikat mengekalkan keselamatan kandungan.

persidangan-antarabangsa-avar-2016-peranan-mdecNaib Presiden MDEC, Norhizam Abdul Kadir memberi ucaptama

Selain Mikko, penceramah lain yang turut memberi ucapan dalam persidangan AVAR 2016 adalah seperti Norhizam Abdul Kadir, Naib Presiden MDEC; Dr Asmawi Ariffin, Naib Presiden Kanan Cybersecurity Malaysia; Palo Luka, Ketua Pegawai Teknologi ESET; dan Jose Cequena, Pengurus Kanan Unit Anti Malware F-Secure.

Selain F-Secure sebagai penganjur, persiadangan AVAR 2016 ini ditaja oleh Microsoft dan Eset sebagai penaja Emas, Opswat dan Ahnlab sepagai penaja Perak, Threatbook sebagai penaja bersama, AVTEST sebagai penaja Media dan KonFX sebagai penaja perisian.

Maklumat lanjut tentang persidangan ini serta tentang AVAR sendiri, boleh dirujuk di laman web www.avar2016.org.

persidangan-antarabangsa-avar-2016-banner-harimau

Apa komen anda?