ASUS ZenWatch 3 Lebih Lasak Dari Keluli Biasa

Share Button

Walaupun pasaran teknologi peranti boleh pakai (wearable) menunjukkan ketaktentuan daripada segi penjualan. Ia tidak menghalang ASUS daripada terus menyediakan pengguna dengan berjenis-jenis produk. Terbaru, mereka mengumumkan ASUS ZenWatch 3 sudahpun dijual di Malaysia sekarang.

161216-asus-zenwatch-3-semua-warna

ASUS ZenWatch 3 Hadir Dalam 3 Warna, Perak, Hitam, Dan Emas

ASUS ZenWatch 3 adalah sebuah jam tangan pintar yang menjalankan sistem operasi Android Wear 2.0. Ia ditempa daripada keluli tahan karat bergred 316L untuk memberikan ia status mewah yang bukan sahaja nampak menarik, tatapi amat selesa dipakai. Menggunakan proses tempaan sejuk, binaan badannya 82% lebih kuat berbanding keluli biasa bagi menjadikan peranti pintar ini selasak mungkin.

Daripada segi spesifikasi canggihnya, jam ini digerakkan cip pemproses Snapdragon Wear 2100 dengan RAM sebesar 512MB. Pada papan induknya terdapat storan terbina seluas 4GB. Panel paparan daripada jenis AMOLED bersaiz 1.39″ digunakan pada jam ini. Panel itu mempunyai resolusi 400×400 dengan kepadatan piksel sebanyak 287 titik seinci. Selain itu, sensir akselerometer dan graviti juga hadir bersama-sama bateri berkapasiti 340mAh yang boleh dicas pantas. Ia berhubung dengan dunia luar menggunakan Bluetooth dan Wi-Fi.

161216-asus-zenwatch-3-real-life-1

ZenWatch 3 Menggunakan Sistem Operasi Android Wear 2.0

Sebanyak tiga jenis warna badan disediakan untuk dipilih iaitu perak, hitam, dan emas. ASUS ZenWatch 3 dijual pada harga RM1,199. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Laporan IDC terkini berkenaan teknologi boleh pakai menunjukkan terdapat pertumbuhan 3.1% penjualan peranti boleh pakai. Daripada peningkatan itu, Samsung mencatatkan peningkatan terbanyak jualan produk boleh pakai mereka apabila mencatatkan 89.9% peningkatan. Penjualan Apple Watch pula menurun 71% berbanding tahun sebelumnya. Daripada lima pengeluar peranti boleh pakai teratas, tiada satupun produk daripada pengeluar itu menggunakan Android Wear. Adakah ASUS ZenWatch 3 akan memecahkan kebuntuan itu?

Apa komen anda?