Asus Bakal Lancarkan Dua Telefon Di CES 2017

Share Button

Asus hari ini menerbitkan satu video teaser bersempena dengan satu acara yang akan mereka adakan di CES 2017. Acara yang dinamakan Zennovation itu akan berlangsung pada 4 Januari 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.


161221-asus-zennovation

Pada sekitar 30 saat video teaser itu, anda akan dihidangkan dengan dua bebayang telefon dengan dua logo yang berbeza. Telefon pertama hadir dengan tanda karet manakala satu lagi dengan tanda infiniti.

Kita tahu yang lambang infiniti sedia digunakan pada Zenfone Zoom. Maka bolehlah kita simpulkan, Zenfone Zoom generasi kedua akan dilancarkan. Tetapi melihat pada sambutan hambar yang diterima telefon itu selepas beberapa ketika dijual, Asus mungkin menggunakan strategi dual lensa seperti iPhone 7. Mungkin dua lensa yang berlainan jarak fokal akan digunakan untuk masih memberikan fungsi mengezum tetapi menyisihkan mekanisme zoom optikalnya.

Tanda karet pula mungkin melambangkan realiti terimbuh (AR) seperti angin perkhabaran yang bertiup. Asus mungkin melancarkan sebuah telefon dengan Google Tango untuk bersaing dengan Lenovo Phab2 Pro. Google Tango membolehkan sesebuah peranti itu mengenal pasti dan memetakan ruang fizikal.

[sumber: GSMARENA, 2]

Trackbacks

  1. […] dijangka akan mengumumkan dua telefon di temasya CES 2017 yang berlangsung pada 5 hingga 8 Januari ini. Tetapi belum pun sempat […]

Apa komen anda?