Apple AirPods Mula Dijual Di Malaysia

Share Button

Set kepala Bluetooth bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia semakin popular dinihari selari dengan peningkatan kulaiti bunyi yang mampu ia hasilkan. Bagi Apple pula, mereka terpaksa menghasilkan aksesori Bluetooth ini dek kehilangan port audio pada iPhone 7 mereka. Jika tak, pengguna terpaksa melalui pahit getir “adapter life” untuk menikmati kandungan multimedia mereka. Sejak dilancarkan pada 7 September besama-sama iPhone 7 dan Apple Watch Series 2, baru hari inilah ia mula dijual.

161214-apple-earpods-di-apple-store

Apple AirPods mula dipamerkan di laman web Apple

Apple Airpods adalah set kepala yang mempunyai rekaan serupa dengan set kepala yang disediakan Apple bersama semua iPhone sebelum ini. Cuma pada versi ini, mereka telah membuang kabelnya kerana ia tidak diperlukan lagi. Walaupun Bluetooth terkenal dengan kesukaran untuk ditambat kepada peranti hos, AirPods telah memperhalusi proses tersebut. Pengguna hanya perlu membuka kotak AirPods berhampiran sebuah iPhone untuk memulakan proses menambat. Mereka tidak perlu membuka tetapan Bluetooth untuk mencari AirPods tersebut.

Daripada segi spesifkasi, setiap Airpods memiliki sensor optik dan dua akselerometer untuk mengesan pergerakkan dan pertuturan. Bateri yang terkandung padanya memberikan 5 jam waktu mendengar atau 2 jam waktu berbual. Kotaknya juga menyimpan tenaga dan akan digunakan untuk mengecas AirPods apabila pengguna menyimpan set kepala itu di dalam kotaknya.

Samsung juga ada menghasilkan produk yang hampir serupa iaitu Samsung Gear IconX. Ia sudah pun dijual di Malaysia untuk beberapa ketika pada RM 699.

Harga AirPods adalah RM 849, lebih mahal daripada tukaran terus harga rasmi AirPods dalam matawang USD (RM666) dan AUD (RM 761). Tetapi harga kita lebih murah berbanding yang dijual di negara bermatawang GBP (RM892). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Trackbacks

  1. […] Amps Air adalah alternatif kepada Apple Air Pods, Samsung Gear IconX, ataupun Jabra Elite Sport. Sungguhpun begitu, ia tidak memiliki akselerometer […]

Apa komen anda?