Aplikasi MyCelcom mula memasuki Playstore

Share Button

Salah satu kelemahan terbesar pascabayar Celcom adalah ketiadaan aplikasi mudahalih. Sebelum ini telah kelihatan aplikasi Celcom diuji di peringkat BETA, kini ia telah memasuki Google Playstore secara tidak rasmi.

Aplikasi ini masih disenaraikan sebagai belum dilepaskan, bermakna jika anda mahu mencuba, sila tanggung sendiri risikonya. Dalam erti kata lain, aplikasi ini masih belum stabil dan mungkin agak sukar digunakan. Ia tidak boleh ditemui melalui carian di dalam Google Playstore, tetapi boleh dimasuki menerusi pautan ini.

Aplikasi yang dinamakan MyCelcom Postpaid ini tidak banyak berbeza dengan versi BETA sebelum ini. Malah, ia juga serupa dengan antaramuka aplikasi Xpax. Cuma cara aksesnya sedikit pelik.

mycelcom-postpaid-di-google-playstore-antaramuka

Jika anda mempunyai akses akaun OCS di laman web Celcom, ia tidak boleh digunakan di aplikasi ini. Sebaliknya anda perlu memasukkan nombor telefon pascabayar Celcom anda, dan tunggu pin TAC dihantar. Setiap kali daftar masuk memerlukan pin TAC yang baru.

Di dalam aplikasi ini, anda boleh menyemak baki bil yang tertunggak, penggunaan dan baki data, serta penambahan add-ons. Mungkin disebabkan ia masih diperingkat ujian, aplikasi ini mengambil masa yang lama untuk diakses. Menggunakan menu USSD #118* dirasakan lebih pantas.

mycelcom-postpaid-di-google-playstore-versi-unreleased

Walaupun aplikasi MyCelcom Postpaid ini sudah terdapat di Google Playstore, ia masih disenaraikan sebagai “unreleased” atau belum dilepaskan. Ia juga dilihat banyak bermasalah dalam percubaan kami. Jika anda mahu mencubanya, boleh muat turun di sini.

[SUMBER: SoyaCincau]

Comments

Apa komen anda?