Adakah ini BlackBerry terakhir dengan papan kekunci fizikal?

Share Button

Sebulan yang lepas, CEO Blackberry, John Chen mengesahkan tentang sebuah telefon pintar BlackBerry dengan papan kekunci fizikal sedang dalam proses penghasilan. Dua model BlackBerry terbaru sebelum ini, iaitu DTEK50 dan DTEK60 merupakan telefon pintar dengan skrin sentuh sepenuhnya. Kini, khabar angin ini makin kencang dengan ketibaan gambarnya.

Dua keping gambar telah muncul di Weibo, memberi gambaran yang jelas tentang model baru BlackBerry dengan papan kekunci fizikal. Ianya tidak lagi berbentuk segi empat seperti Passport, tetapi lebih panjang seperti telefon pintar biasa.

blackberry-mercury-khabar-angin-dari-gsmarena02

Papan kekuncinya kelihatan menyerupai yang terdapat pada BlackBerry Classic, tetapi tiada trackpad sebaliknya digantikan dengan tiga butang utama Android. Skrinnya pasti mempunyai fungsi sentuhan tetapi memiliki nisbah 3:2 dengan ukuran 4.5-inci.

Peranti ini diberi kod nama Mercury, dikhabarkan akan dikuasakan pemproses Qualcomm 2.0GHz, bersama 3GB RAM dan 32GB storan. Kamera depan dijangka 8MP dan kamera belakang pula 18MP. Seperti yang dapat dilihat, Mercury akan menjalankan sistem operasi Android.

blackberry-mercury-khabar-angin-dari-mondo

Peranti BlackBerry sebelum ini dengan papan kekunci fizikal, adalah PRIV dan ia dijual dengan harga yang melampau, setinggi RM3,559. Kini ia dilihat dijual serendah RM1,499 sahaja. Belum ada sebarang maklumat bila Mercury akan mula dijual, tetapi adakah papan kekunci fizikal masih relevan di telefon pintar masa kini?

[SUMBER: CrackBerry, GSMArena]

Apa komen anda?