9 Telefon Ini Buat Anda Lupakan Powerbank

Intro

Share Button

Pengguna rata-ratanya mempunyai cita rasa mereka yang tersendiri apabila membeli sesuatu produk apatah lagi dalam urusan memiliki telefon pintar. Jika dulu kita hanya perlu beli dan pakai, tanpa perlu menimbang tara jenis-jenis telefon yang ada dalam pasaran, kini situasi itu tak lagi terpakai. Segmentasi telah menjadikan telefon pintar hadir dalam pelbagai rupa, spesifikasi, dan harga. Hal ini menjadikan lebih banyak pemboleh ubah terpaksa diambil kira semasa membeli telefon.

Ada kelompok power user yang sentiasa mahu kekal dihadapan dengan membeli telefon yang paling canggih setiap kali. Mereka ini amat sensitif terhadap apa yang dipaterikan pada papan utama telefon. Ada pula kelompok “biasa-biasa” yang tidak kisah akan jenis dan rupa telefon, asalkan ia berfungsi seperti yang diharapkan.

Artikel kali ini ditujukan untuk kelompok yang mempunyai bajet yang sedang-sedang tapi mengkehendakkan sebuah telefon yang boleh mengiringi mereka dalam urusan seharian tanpa perlu terjebak dengan sindrom low battery anxiety. Golongan ini amat peka dengan tahap bateri pada telefon mereka malahan mereka gemar memeriksa peratusan bateri pada telefon dari masa ke masa.

Sembilan telefon yang kami senaraikan dibawah adalah telefon keluaran tahun ini yang berharga kurang daripada RM 1,300 tetapi mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 4,000 mAh. Tekan mana-mana pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang setiap telefon itu.

  1. Lenovo P2
  2. Leagoo Shark 1
  3. Lenovo K6 Note
  4. Xiaomi Mi Max
  5. Asus Zenfone 3 Max (2 Varian)
  6. Lenovo K6 Power
  7. Xiaomi Redmi 3S (2 Varian)
  8. Xiaomi Redmi Note 3
  9. Wiko Ufeel Go

161220-telefon-bateri-besar-table-2

Enam telefon dalam senarai ini datang daripada dua pengeluar, tiga model masing-masing daripada Lenovo dan Xiaomi. Kesemua mereka mempunyai bateri dalam julat 4,000 mAh hingga 4,850 mAh kecuali Lenovo P2 dan Leagoo Shark 1 yang masing-masing memiliki bateri 5,100 mAh dan 6,300 mAh.

Leagoo Shark 1 pula mempunyai bateri terbesar dalam senarai ini, tetapi ia bukanlah telefon yang paling mahal. Pada RM 999, ia berkedudukan kedua selepas Lenovo P2 yang dijual pada harga RM1,299. Ia tidaklah menghairankan kerana Leagoo Shark menggunakan cip pemproses yang lebih murah manakala Lenovo P2 membawa Snapdragon 625 beserta 4 GB RAM pada papan induknya.

Bateri yang besar akan mengambil masa yang panjang untuk diisi jika tiada fungsi pengecasan pantas. Daripada sebelas peserta senarai ini, hanya dua mempunyai fungsi tersebut iaitu Lenovo P2,dan Leagoo Shark 1.

Daripada segi keluasan RAM, Lenovo P2 mempunyai 4 GB RAM, terbesar dalam senarai ini. Sebaliknya, Wiko Ufeel Go dan satu varian Xiaomi Redmi 3s hanya mempunyai RAM sebesar 2 GB. Tidak banyak yang boleh diadu tentang telefon Wiko dan Xiaomi ini kerana pada harga RM 599 dan bateri gergasi, ia memang cukup untuk mendukung tugasan harian biasa yang pengguna lontarkan padanya.

Jika anda mencari telefon yang mempunyai panel paparan tercantik, Lenovo P2 menggunakan panel Super AMOLED yang terkenal dengan penghasilan imej yang cantik. Telefon yang lain kebanyakkanya menggunakan panel LCD daripada jenis IPS.

Apa komen anda?