11street yakin pasaran dalam talian semakin diterima rakyat Malaysia

Share Button

Hari demi hari, rakyat Malaysia semakin gemar membeli-belah secara dalam talian. Perkara ini disahkan lagi menerusi satu kajiselidik yang dijalankan sendiri oleh 11street, di antara 15 ke 21 November tahun ini. Sebanyak 3,507 responden terlibat di seluruh negara, membincangkan tentang kepentingan pasaran dalam talian di Malaysia bagi tahun 2016.

CEO 11street Malaysia, Kim Hoseok berkongsi tentang dapatan ini dan yakin, pasaran dalam talian di Malaysia berkembang pesat dengan minat rakyat Malaysia semakin meningkat untuk menggunakannya. Kim turut meluahkan ramalannya tentang senario pasaran dalam talian di Malaysia untuk tahun depan.

ceo-11street-malaysia-kim-hoseok-dengan-buntingCEO 11street Malaysia, Kim Hoseok

Antara data yang berjaya dikumpulkan oleh 11street dari kajiselidik ini adalah:

  • Lebih 80% pernah membeli-belah dalam talian
  • 59% pengguna membeli-belah sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
  • 82% membeli-belah melalui telefon pintar
  • 54% lebih gemar membayar menggunakan perpindahan dana dalam talian berbanding hanya 33% gemar menggunakan kad debit/kredit
  • Lebih ramai wanita membeli-belah dalam talian dari lelaki, tetapi lebih ramai lelaki berumur 36 tahun ke atas membeli-belah dalam talian berbanding wanita berumur sama
  • 3 kategori paling banyak pembeli dalam talian adalah fesyen & kecantikan, elektronik serta sukan & hobi
  • Lebih 95% pengguna memilih 5/10 dan ke atas dalam indeks kepuasan pengguna

11street-malaysia-kajiselidik-bersama-says-15-21-november-2016-bigResponden Kajiselidik yang dijalankan 11street

Rata-rata, pengguna di Malaysia semakin yakin untuk membeli-belah dalam talian dan dijangka ia akan semakin berkembang tahun depan. Kim berpendapat, terdapat 5 perkara penting dalam trend pembelian dalam talian bagi tahun 2017:

  1. Membeli-belah dalam talian semakin diterima ramai dengan lebih 85% pengguna yang belum pernah mencuba, mahu menggunakannya dalam masa 12 bulan akan datang. Selain itu, harga dalam talian juga akan menyaingi harga di kedai fizikal.
  2. Cara pembayaran akan semakin bercambah, apatah lagi dengan ketibaan Samsung Pay dan CIMB Pay, menjadikan penggunaan kad debit/kredit sebagai cara pembayaran semakin mudah.
  3. Kategori jualan akan berkembang, memberi lebih pilihan dan alternatif kepada pembeli. Dijangka kategori yang akan meningkat naik adalah hiasan rumah, barangan runcit serta kesihatan.
  4. Kos penghantaran menjadi semakin rendah dengan liputan penghantaran yang lebih meluas dan pantas bagi memenuhi hasrat pembeli.
  5. Harga bukan lagi pilihan utama, sebaliknya penghantaran yang menepati masa dan reviu positif dari pembeli lain akan menjadi pilihan pengguna.

Bagi menyambut Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, 11street melancarkan kempen Ong-some New Year. Kupon diskaun dan hadiah bernilai RM88,888 menanti pengguna 11street sepanjang kempen promosi ini, dari 15 Disember sehingga 28 Februari 2017.

11street-malaysia-ong-some-new-year-poster

Apa komen anda?