10 perkara paling dicari rakyat Malaysia sepanjang 2016

Share Button

Tidak sampai seminggu lagi, tahun 2016 bakal menemui penghujungnya. Apakah memori paling anda kenang untuk tahun ini? Bagi Google Malaysia, carian yang paling banyak atau trending adalah perkara yang menarik untuk diketahui. Kerana itu setiap tahun, Google mengumumkan Carian Tahunan Malaysia, yang menyenaraikan carian paling popular di laman carian www.google.com.my.

Untuk carian awam, carian paling popular tahun ini adalah pertandingan bola sepak negara-negara Eropah, EURO 2016. Di tangga kedua adalah permainan integrasi realiti dan maya, Pokemon Go. Di tempat ketiga pula, adalah BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia yang disediakan kerajaan setiap tahun untuk golongan berpendapatan rendah.

google-year-in-search-2016-carian-trending

Ia diikuti oleh carian SAPS Ibu Bapa, sebuah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk Ibu Bapa. Acara sukan yang mengumpulkan pelbagai atlet dari seluruh dunia, ‘Olympic Games Rio 2016‘ adalah carian ke-5 paling popular di Malaysia.

Lima lagi carian yang turut menduduki 10 carian paling trending di Malaysia adalah, drama tempatan ‘Suri Hati Mr Pilot‘ dan ‘7 Hari Mencintaiku‘, filem zombie Korea Selatan ‘Train to Busan’, anugerah Kpop Mnet Asian Music Awards, ‘ MAMA 2016’ dan drama paling hangat di Korea Selatan, ‘Descendants of The Sun’.

Satu lagi kategori yang menarik untuk diambil perhatian adalah carian orang atau pun personaliti. Di Malaysia, carian personaliti yang paling banyak dibuat tahun ini adalah pemenang pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Carian ke-2 popular adalah pelakon wanita tempatan, Atikah Suhaimie berkenaan pelbagai berita menarik yang berkaitan dengan beliau.

google-year-in-search-2016-carian-orang-trending

Menuruti populariti drama korea ‘Descendants of The Sun’, meletakkan pelakon lelaki Korea, Song Joong Ki di tangga ke-3. Penyanyi lelaki tempatan yang meningkat popular tahun ini menerusi lagu ‘Ku Rela Dibenci’, Aiman Tino menduduki tempat ke-4. Manakala personaliti ke-5 paling dicari di Malaysia adalah pelakon watak ‘Harley Quinn’ dalam filem Suicide Squad, Margot Robbie.

Lima lagi carian personaliti yang menduduki 10 carian personaliti trending di Malaysia adalah pelakon wanita tempatan dan juga isteri pelakon popular Shaheizy Sam, iaitu Syatilla Melvin; Seorang wanita yang viral dengan videonya, Nadia Nordin; pendakwah India Muslim antarabangsa yang popular, Zakir Naik; bintang badminton dari China, Lin Dan dan akhir sekali calon presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Carian popular dan trending di Google boleh menjadi kayu pengukur budaya tempatan, terutama mengenai kejadian yang berlaku, individu popular serta trend terkini yang memberi impak kepada penduduk Malaysia.

Lain-lain jenis carian yang popular dan trending di Malaysia boleh dilihat di bawah ini. Layari juga laman web www.google.com/2016 untuk lain-lain carian trending di seluruh dunia.

Berita Trending

  1. US Elections
  2. Olympic Games Rio 2016
  3. Rayani Air
  4. Brexit
  5. Bajet 2017
  6. Zika
  7. Gerhana matahari
  8. Note 7
  9. Bauksit
  10. Difteria

Filem Trending

  1. Train to Busan
  2. Suicide Squad
  3. Deadpool
  4. Dilwale
  5. Kabali
  6. Conjuring 2
  7. Moana
  8. BoBoiBoy The Movie
  9. Me Before You
  10. Zootopia

Drama Tempatan Trending

  1. Suri Hati Mr Pilot
  2. 7 Hari Mencintaiku
  3. Dia Semanis Honey
  4. Tundukkan Playboy Itu
  5. inta Si Wedding Planner
  6. Sayangku Kapten Mukhriz
  7. Isteri VS Tunang
  8. Mr Donat Karamel
  9. Awak Sangat Nakal
  10. Suami Tanpa Cinta

Selebriti Tempatan Trending

  1. Atikah Suhaime
  2. Aiman Tino
  3. Syatilla Melvin
  4. Goh Liu Ying
  5. Mira Filzah
  6. Aidil Aziz
  7. Khai Bahar
  8. Norashikin Abdul Rahman
  9. Faiz Subri
  10. Janna Nick

Carian ‘Apakah’ Trending

  1. Virus Zika
  2. Bauksit
  3. Gunung ramarama
  4. TPPA
  5. Piagam Madinah
  6. Maksud Pokemon
  7. Tanda tapak kaki kuning
  8. Kelenjar endokrin
  9. Darah tinggi
  10. Difteria

Carian ‘Bagaimana’ Trending

  1. Nak daftar SPMU secara pos
  2. Nak aktifkan memori kad
  3. Cara import anjing ke Malaysia
  4. Terjadinya tahun lompat dalam kiraan matematik
  5. Nak daftar SSM
  6. Cara menghapus status di Facebook
  7. Menjadi pemandu Uber
  8. Mengenalpasti cable coolant Viva bocor
  9. Mahu atasi semut di rumah
  10. Nak promote barang di Facebook

Carian ‘Kenapa’ Trending

  1. Orang period suka marah
  2. Mudah penat dan mengantuk
  3. Permainan tradisional kurang diminati generasi kini
  4. Sakit di salur peranakan semasa mengandung
  5. Solenoid gear kereta Vios berbunyi
  6. Kucing kurang makan
  7. Kerap kencing
  8. Kerap berpeluh
  9. Epal jadi perang
  10. Bayi tidak mahu tidur dan menangis

Permainan Trending

  1. Pokemon GO
  2. Warcraft
  3. Slither.io
  4. Agar.io
  5. Overwatch
  6. Clash Royale
  7. Final Fantasy XV
  8. Tree of Savior
  9. Fifa 17
  10. Pokemon Sun and Moon

Model Kereta Trending

  1. Perodua Bezza
  2. Proton Persona
  3. Proton Saga
  4. Honda Civic
  5. Proton Perdana
  6. Nissan Note Nismo
  7. Toyota Sienta
  8. Toyota CHR
  9. Proton Ertiga
  10. Audi A4

Peranti Mudah Alih Trending

  1. iPhone SE
  2. Huawei P9
  3. Vivo V5
  4. iPhone 7 Plus
  5. Samsung Note 7
  6. Samsung J7
  7. Google Pixel
  8. Samsung Galaxy S7
  9. Oppo F1s
  10. Nokia A7

Apa komen anda?