vivo V5 merakam selfie setinggi 20MP

Share Button

Vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar terbaru mereka, dengan fokus utama diberikan terhadap kamera selfie. vivo V5 yang baru ini, menampilkan kamera depan 20MP, resolusi paling tinggi untuk kamera depan yang pernah kami lihat setakat ini.

Untuk memastikan pelancaran vivo V5 ini lebih meriah, vivo Malaysia buat pertama kalinya telah melantik duta mereka. Seorang penyanyi terkenal, rajin berselfie dan memuat naik gambar ke Instagram, beliau adalah Dato’ Siti Nurhaliza.

Dato’ Siti Nurhaliza berkongsi pengalamannya menggunakan vivo V5 dalam percutiannya ke Sepanyol & Dubai baru-baru ini. Beliau akan menghiasi semua iklan vivo di suratkhabar, majalah dan TV selepas ini.

Sekali pandang, rupa vivo V5 tidak ubah seperti V3 Max yang diperkenal awal tahun ini. Ia memiliki badan besi sepenuhnya, bersama skrin berukuran 5.5-inci. Sayangnya resolusi skrin hanya HD, 1280×720 sahaja. Spesifikasi yang dilihat agak ketinggalan.

pelancaran-vivo-v5-malaysia-merah-jambu-depan-belakang

Tenaga pemprosesannya dijana oleh cip Mediatek MT6750 8-teras, bergandingan dengan 4GB RAM serta storan dalaman seluas 32GB. Ia mampu menerima storan tambahan dalam bentuk mikroSD sehingga 128GB.

Perkara terhebat pada V5 adalah kamera selfie 20MP padanya. Ia menggunakan sensor Sony IMX376, berukuran 1/2.78″ dengan apertur f/2.0. Kamera ini turut mendapat gelaran ‘Softlight Camera’ kerana memiliki LED Flash di depan, yang menghasilkan cahaya lembut untuk mencerahkan lagi tangkapan selfie. Tangkapan selfie ini kemudiannya mendapat sentuhan Face Beauty 6.0 bagi menjadikan kulit lebih licin dan gambar lebih menawan.

Untuk kamera belakang pula, ia memiliki sensor 13MP dengan auto fokus pengesanan fasa (PDAF). vivo V5 dibekalkan bateri berkapasiti 3,000mAh tetapi ia tiada pengecasan pantas. V5 menjalankan antaramuka Funtouch OS 2.6 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Selain kamera yang hebat, V5 turut dilengkapi pengimbas capjari yang pantas di hadapan, serta cip audio Hi-Fi AK4376 untuk kualiti bunyi yang menakjubkan. Bunyi ini dapat didengari melalui lubang pembesar suara yang terletak di bawah telefon.

pelancaran-vivo-v5-malaysia-harga-rm1299

Telefon vivo V5 kini dibuka tempahan menerusi pengedar di seluruh Malaysia sehingga 25 November 2016, yang turut memberikan hadiah misteri untuk tempahan awal. Ia akan boleh dibeli bermula 26 November, dengan harga RM1,299 termasuk GST. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk vivo V5.

Vivo Malaysia turut memberikan petunjuk akan ketibaan sebuah lagi telefon pintar, iaitu V5 Plus. Adakah ia akan menampilkan kamera selfie yang lebih dahsyat? Sama-sama kita tunggu.

What’s to do if there’s no photographer or camera ? Let find out how Dato Siti Nurhaliza find the solution !!

#vivoMalaysia #V5 #perfectselfie #vivotion #DatoSitiNurhaliza

Posted by Vivo Malaysia on Tuesday, November 22, 2016

Comments

  1. maton jaafar

    Aduuhaaii.. VIVO V5 very smart phone…inilah yang saya cari tapii..alahaii..belum dapat…mesti hendak dapat juga…

Trackbacks

  1. […] lepas vivo Malaysia menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai duta telefon pintar vivo V5 mereka, kali ini beliau tampil semula dengan senjata swafoto […]

  2. […] November lepas, vivo mengumumkan ketibaan telefon pintar vivo V5 bersama Dato’ Siti Nurhaliza yang dilantik sebagai duta khas. vivo V5 menumpukan promosinya […]

Apa komen anda?