Uber baru hanya tanya Awak Ke Mana

Share Button

Sejak pertama kali dilancarkan, Uber belum pernah mengubah antaramuka aplikasinya. Kini, mereka mahu mengubah cara penumpang mendapatkan perkhidmatan Uber dengan lebih mudah. Hanya tanya, awak ke mana?

Menurut Uber, ia merupakan soalan paling penting buat penumpang. Apabila persoalan itu dijawab, perkara lain akan dituruti dengan mudah.

Buat masa kini, untuk mendapatkan perkhidmatan Uber, penumpang perlu menandakan lokasi untuk diambil, kemudian pilih jenis kenderaan dan akhirnya mengesahkan tempahan. Dengan aplikasi yang baru, penggunaannya dimudahkan dengan bertanyakan destinasi perjalanan.

Aplikasi ini juga lebih pintar. Ia akan mempelajari sejarah perjalanan pengguna, dan mencadangkan destinasi berdasarkan penggunaan sebelumnya. Uber juga mahu menambah integrasi kalendar ke dalam aplikasi baru ini. Jadi pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan Uber lebih mudah dari maklumat di dalam aplikasi kalendar.

aplikasi-baru-uber-nak-ke-mana

Jika mahu bertemu rakan, pengguna boleh memilih kenalan tersebut sebagai lokasi. Sistem akan memberitahu kenalan tersebut dan jika disahkan, Uber akan membawa pengguna terus ke tempat kenalan tersebut. Tetapan masa untuk tempahan perkhidmatan juga boleh dibuat.

Sebelum ini, pengguna perlu memilih jenis kenderaan seperti UberX, UBerXL dan UberBLACK sebelum mengesahkan tempahan. Masalahnya, sukar untuk mengetahui masa ketibaannya atau pilihan terbaik mengikut harga. Dengan perubahan baru di dalam aplikasi, semuanya akan terus dipaparkan. Masa ketibaan dan harga mengikut jenis kenderaan, akan dipaparkan sekaligus.

aplikasi-baru-uber-pilih-kereta-dan-tertera-harga

Aplikasi baru ini juga akan cuba membantu pengguna dalam pelbagai aspek. Contohnya di bandar yang memiliki UberEATS, pengguna boleh menempah makanan dan menerimanya pada masa yang sama tiba di destinasi. Yelp dan Foursquare turut akan diintegrasi ke dalam aplikasi baru Uber, memberi tip dan reviu tentang destinasi yang dituju. Ia juga akan memberi maklumat tambahan tentang jadual bas dan keretapi, jika ia pengangkutan yang ingin digunakan seterusnya.

Uber akan mengekalkan fungsi sedia ada seperti berkongsi tambang, memaklumkan masa ketibaan kepada kenalan serta lokasi semasa. Tetapi ia juga mengekalkan cara tradisional untuk penumpang dan pemandu berhubung, samada membuat panggilan atau SMS. Sebagai perbandingan, Grab yang turut menyediakan perkhidmatan sama seperti Uber, telah menggunakan sistem GrabChat yang membenarkan penumpang dan pemandu bermesej dari dalam aplikasi. Ia lebih selamat dan pastinya lebih rendah kos, terutama jika ke luar negara.

Aplikasi baru Uber ini akan tersedia digunakan pengguna Android dan iOS dalam masa beberapa minggu lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya, layari laman web Uber Where To.

Apa komen anda?