Telefon pintar paling selamat di dunia, DTEK60 sedia ditempah di Malaysia

Share Button

Blackberry baru memperkenalkan peranti terbaru DTEK60 pada penghujung bulan lepas. Dengan pantas, ia akan mula dijual di Malaysia. Laman pengedar peranti terkemuka di Malaysia, DirectD telah menyenaraikan DTEK60 dan sedia menerima tempahan.

Menurut laman web DirectD, telefon pintar Blackberry DTEK60 akan dijual pada harga RM2,338 dan dijangka akan mula dihantar pada 14 November 2016. Unit rasmi DTEK60 di Malaysia diedarkan oleh Brightstar dan datang dengan jaminan selama 1 tahun.

blackberry-dtek60-hitam-depan-belakang-bank

DTEK60 boleh dikatakan abang kepada DTEK50 yang dilancarkan pada Julai tahun ini. DTEK60 memiliki perkakas lebih berkuasa, dan boleh digolongkan ke dalam peranti kelas utama. Skrinnya berukuran 5.5-inci di atas paparan AMOLED, dengan resolusi super tajam QuadHD.

DTEK60 dikuasakan pemproses Snapdragon 820 bersama 4GB RAM serta 32GB storan dalaman. Ia turut disertakan slot kad mikroSD untuk tambahan storan dengan mudah. Baterinya sebesar 3,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 3.0 menerusi sambungan USB-C.

blackberry-dtek60-atas-kayu-belakang

Pengimbas capjari turut dibina pada DTEK60 dan diletakkan di bahagian belakang. Blackberry turut mengembalikan butang khas ‘Convenience Key’ untuk akses pantas ke aplikasi kegemaran atau tugasan. Kamera belakangnya 21MP f/2.0 manakala kamera depannya 8MP f/2.2.

DTEK60 dilengkapi perisian keselamatan Blackberry yang dipanggil DTEK, serta pelbagai perisian kerja Blackberry yang diminati ramai pengguna profesional. DTEK60 akan dibekalkan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, dan Blackberry menjanjikan kemaskini keselamatan yang pantas kepada peranti Blackberry.

tiga-blackberry-dikuasakan-android

DTEK60 adalah telefon pintar ketiga dari Blackberry yang dikuasakan sistem operasi Android. Ia sedikit sebanyak adalah versi naiktaraf DTEK50 yang berharga RM1,339. Tetapi DTEK60 dilihat lebih berbaloi dimiliki berbanding Priv, yang dilancarkan dengan harga RM3,559.

Berminatkah anda mendapatkan DTEK60 yang Blackberry label sebagai peranti paling selamat di dunia ini? Buatlah tempahan sekarang di DirectD. Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, layari laman produk Blackberry DTEK60.

Comments

Apa komen anda?