Telefon Pintar Anda Akan Dilengkapi Radar Tak Lama Lagi

Share Button

Istilah radar selalunya kita dengari dalam filem-filem ketenteraan. Ia digunakan untuk mengesan kapal terbang, pembentukkan awan, dan sebagainya. Sistem radar menggunakan gelombang elektromagnet antara 10 hingga 1012 Hz. Tetapi, Google bercita-cita untuk mengecilkan teknologi ini menjadi hanya sebesar poket melalui Projek Soli.

Projek Soli dilancarkan pada tahun lepas bertujuan untuk mencari penyelesaian terhadap malasah interaksi pengguna dengan paparan peranti boleh pakai yang terhad dek saiz skrinnya yang kecil. Jawapannya adalah menggunakan teknologi radar.

Cip radar yang sangat kecil itu berjaya mengesan pelbagai jenis pergerakan jari pengguna seperti ibu jari digosok dengan jari telunjuk, jari dipetik, dan sebagainya. Cuba bayangkan kelak anda boleh kawal telefon ataupun peranti pintar yang lain dari jauh hanya menggunakan pergerakkan jari.

Walau bagaimanapun, sekumpulan penyelidik dari University of St. Adrews berjaya membawa teknologi Projek Soli selangkah kehadapan. Menggunakan cip radar Projek Soli, mereka membangunkan satu peranti yang boleh memberitahu objek apa ayng dikesannya. Inovasi ini membuka satu potensi yang luas.

Contohnya ia boleh ditanam pada telefon pintar untuk membantu warga cacat pelihatan mencari sesuatu objek hanya dengan mendekatkan telefon mereka ke sesuatu objek. Selain itu, robot pelayan masa depan pula boleh mengesan gelas yang kosong dah terus mengisinya.

Mungkinkah teknologi ini akan menggantikan skrin sesentuh telefon pintar pada masa depan?

[sumber, 2, 3]

Apa komen anda?