Tawaran tanpa had terendah webe dibuka untuk semua

Share Button

Panggilan, SMS dan data tanpa had merupakan daya tarikan utama pelan pascabayar webe. Bagaimanapun, harga langganan setinggi RM199 sebulan, menjadikannya kurang mendapat perhatian. webe turut menawarkan potongan harga buat pengguna P1 dan TM (Unifi/Streamyx) sedia ada, untuk melanggan pascabayar webe serendah RM79. Kini, tawaran ini dibuka kepada semua.

Lamanweb webe hari ini telah memaparkan promosi terhad, langganan talian pascabayar webe RM79 untuk semua. Tiada syarat dan terma, tidak perlu menjadi pelanggan TM atau P1, malah tidak perlu menggunakan telefon yang terdapat dalam senarai webe sahaja. Ia telah dibuka untuk semua rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, tawaran ini dinyatakan terhad, tetapi tidak pula diberitahu hadnya. Mungkin ia sehingga tarikh tertentu, atau sehingga pelanggan mencecah sesuatu angka. Jadi, bertindak sekarang jika anda mahu mendapatkan tawaran RM79 sebulan dengan data, panggilan dan SMS tanpa had seumur hidup, selagi mana langganan tidak dihentikan.

Untuk pelanggan sedia ada yang membayar lebih dari RM79, mereka akan mendapat tawaran RM79 ini secara automatik. Pengguna sedia ada juga akan menikmati tawaran RM79 ini selama-lamanya, selagi langganan tidak dihentikan.

Pelan semua tanpa had webe ini memang sangat menarik. Malah ia merupakan satu-satunya pelan tanpa had, jika tidak pun dibawah RM100. Tetapi, pelan webe ini tidak boleh dikongsi menjadi hotspot secara percuma. Pengguna boleh mengaktifkan penggunaan hotspot, dengan bayaran RM6 (sebelum GST) selama 2 jam.

diskaun-talian-tambahan-webe

Pelan ini juga sesuai untuk keluarga, kerana webe menawarkan diskaun untuk talian tambahan. Sehingga 5 talian tambahan boleh dilanggan, dengan diskaun sehingga RM30 untuk setiap talian tambahan. webe turut memberikan diskaun RM2 untuk pembayaran bil secara auto-debit, menggunakan kad kredit.

Seperkara lagi, langganan pelan pascabayar webe ini tiada kontrak, termasuk promosi terhad RM79 ini. Pelanggan boleh menghentikan langganan bila-bila masa tanpa dikenakan penalti. Bagaimanapun, deposit RM106 diperlukan semasa pendaftaran, yang akan direbat semula ke dalam bil bulanan.

Tunggu apa lagi, langgan pelan webe tanpa had berharga RM79 ini sementara stok masih ada. Untuk melanggan, layari lamanweb www.webe.com.my atau pergi ke webe lounge di Sunway Pyramid, Johor Bahru City Centre (JBCC) dan Penang Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Tak perlu lagi pening melihat kuota data, panggilan mahupun SMS dengan webe. Layari lamanweb www.webe.com.my untuk maklumat lanjut. Semak juga liputan 4G LTE & 3G webe di sini.

liputan-4g-lte-webe-di-lembah-klang-20161101

Comments

Trackbacks

  1. […] ini, webe melancarkan promosi hujung tahun 2016 dengan menawarkan kadar rendah RM79 kepada semua pelanggan yang mendaftar pelan tanpa had webe […]

  2. […] lepas, webe telah menyatakan akan membuka pelan pascabayar mereka pada harga diskaun RM79 kepada semua. Hari ini, Ketua Pegawai […]

Apa komen anda?