Sokongan WhatsApp di Blackberry dilanjutkan

Share Button

Awal tahun ini, sistem permesejan sosial paling popular di Malaysia, WhatsApp mengumumkan akan menghentikan sokongan terhadap beberapa sistem operasi antaranya Blackberry OS, Blackberry 10, Nokia S40 dan Nokia Symbian S60. Tetapi dalam diam, rupa-rupanya mereka melanjutkan hayat di empat sistem operasi yang disebut tadi.

Di dalam FAQ di laman web WhatsApp, ia telah dikemaskini dengan kenyataan akan menghentikan sokongan terhadap sistem operasi Android 2.1 & 2.2, Windows Phone 7 serta iPhone 3GS atau iOS6. Tetapi ia turut menyatakan sokongan terhadap platform Blackberry OS, Blackberry 10, Nokia S40 dan Nokia Symbian S60 dilanjutkan 6 bulan lagi, sehingga 30 Jun 2017.

ubah-whatsapp-sebelum-tamat-di-blackberryNotis pemberhentian sokongan di Blackberry

Sedikit sebanyak, berita ini pasti menggembirakan beberapa pengguna yang masih memiliki telefon pintar di 4 platform yang dilanjutkan tadi. Tidak perlu gusar tidak dapat menggunakan WhatsApp, sekurang-kurangya untuk 6 bulan lagi.

Kemaskini aplikasi WhatsApp untuk Blackberry khususnya, masih dapat dilihat di stor aplikasi Blackberry World. Walaubagaimanapun, kemaskini di masa akan datang mungkin akan memadam atau mengubah beberapa tetapan, menjelang penghujung hayatnya. Tidak ubah seperti bom jangka.

Bagi pengguna Blackberry, satu jalan penyelesaian ialah berubah kepada peranti Blackberry yang menjalankan Android. Sehingga kini, Blackberry telah melancarkan tiga model peranti Android iaitu Priv, DTEK50 dan DTEK60. Kesemuanya boleh didapati di Malaysia.

[SUMBER: Crackberry]

Apa komen anda?