Snapdragon 835 Sah Kuasakan Peranti Flagship 2017

Share Button

Masih ingat berita Samsung yang mula membancuh resepi untuk menghasilkan cip pemproses daripada acuan 10nm yang kami utuskan sebulan yang lalu? Hari ini berita itu menjadi lebih menarik apabila Qualcomm dan Samsung bersama-sama mengumumkan apakah cip tersebut. Ia adalah pemproses Snapdragon generasi seterusnya iaitu Snapdragon 835.

Signifikan sangatkah 10nm? Bayangkan bumi sebagai sebuah telefon pintar, cip dengan teknologi 10nm hanya mengambil ruang sebanyak 1.27cm daripada diameter bumi yang sepanjang 12,742km. Ruang selebihnya boleh digunakan untuk tujuan lain seperti bateri yang lebih besar, speaker, dan sebagainya. Tetapi pemproses yang kecil tidak bermakna ia tidak berkuasa.

161118-silicon-wafer

Cip pemproses dicetak atas kepingan silicon (gambar hiasan) [sumber]

Proses FinFET 10nm daripada Samsung ini meningkatkan kecekapan penggunaan ruang sebanyak 30 peratus. Daripada segi prestasi, anda boleh menjangkakan sehingga 27 peratus peningkatan dengan penurunan penggunaan tenaga sebanyak 40 peratus berbanding cip sebelum ini. Kesemua ini menyumbang pada sebuah peranti yang amat cekap tenaga walaupun dibekalkan dengan kapasiti bateri yang terhad.

Satu lagi teknologi baru yang akan ada pada peranti yang menggunakan cip ini adalah Quick Charge 4.0, teknologi pengecasan pantas daripada Qualcomm. Ia menjanjikan kadar mengecas yang lebih pantas dan boleh disuaikan dengan pelbagai peranti dan komponen. Qualcomm mendakwa 5 minit mengecas boleh memberikan sehingga 5 jam waktu penggunaan. Ia 20 peratus lebih pantas dan 30 peratus lebih cekap berbanding Quick Charge 3.0.

Seperti yang diberitahu bulan lepas, peranti yang akan menggunakan cip ini boleh mula didapati seawal tahun hadapan. Peranti yang mana akan gunakan cip flagship ini? Galaxy S8? Galaxy Note8?

[sumber]

Trackbacks

  1. […] ingi berspekulasi, tindakan Samsung ini tidaklah mengejutkan kerana cip Snapdragon 835 itu sendiri dihasilkan oleh Samsung. Adakah anda merasakan Samsung telah membunuh semangat persaingan […]

Apa komen anda?