Semak Kesesakan Pusat Beli-Belah Masa Nyata Guna Google Maps

Share Button

Tiada siapa ingin bersesak-sesak dalam kompleks beli belah tambah lagi yang berkeluarga dan takut karenah anak-anak menganggu orang sekitar. Usah khuatir lagi, Google Maps kini boleh memberitahu anda waktu bilakah paling afdal untuk ke sesuatu lokasi untuk mengelak kesesakan atau untuk mereka yang gemar bersesak, untuk mencari calon teman hidup.

Tambahan pula, musim cuti akhir tahun yang bermula tak lama lagi tentunya akan menjadikan lokasi-lokasi terkenal sesak. Maka, sebelum keluar, anda boleh menyemak terlebih dahulu jika tempat itu berbaloi untuk dikunjungi.

161124-kesesakan-di-midvalley

Graf menunjukkan tahap kesesakkan masa nyata di tempat yang ingin dikunjungi

161124-kesesakan-di-ikea

Data unjuran sehingga 7 hari boleh diakses bersama purata masa yang dihabiskan pengunjung di sesuatu lokasi

Anda cuma perlu memasang aplikasi Google Maps yang terbaru pada peranti masing-masing untuk menikmati fungsi itu. Tidak semua lokasi mempunyai data tersebut, tetapi kebanyakkan tempat tersohor memang ada. Data sebegini bukan sahaja memudahkan pembeli. Ia juga memudahkan penjual kerana melaluinya, pekedai boleh merangka strategi untuk memaksimumkan penggunaan tenaga kerja.

161124-google-location-history

Google Location History

Google secara default memang mengumpul data lokasi peranti anda setiap kali anda menggunakan telefon walaupun anda tidak melancarkan mana-mana aplikasi Google. Data dikumpul melalui fungsi Location History yang dibenamkan dalam telefon. Tetapi pengguna juga boleh mematikan fungsi ini jika tidak mahu berkongsi data lokasi secara terbuka. Untuk mengakses tetapan Location History, anda boleh ke Setting > Location > Google Location History untuk mematikan fungsi tersebut.

[SUMBER: Blog Google, Gambar]

Trackbacks

  1. […] ia boleh berfungsi sebagai pemandu arah semasa memandu, memanggil Grab & Uber, semak kesesakan di pasaraya, serta daki gunung […]

Apa komen anda?